Miss Perfect . . . 4



        
          Dengan perlahan sofea terjun dari bukit, kedalam laut yang sedang bergelora itu. Zarith berlari sekuat hatinya untuk menyelamatkan Sofea. Nasibnya baik kerana dia sempat memegang tangan Sofea.




       " Apa yang Fea nak buat ni ?..Fea dah gila ke ?.." tanya Zarith dengan cemas. Sofea terus menangis sambil menggeleng kepalanya. " lepaskan Fea, Tak ada gunanya Fea hidup dekat dunia ni..".  Zarith menarik Sofea dengan tenaga yang dia miliki naik keatas.




      Sofea yang masih menangis itu dipeluk oleh Zarith. " Ramai orang sayang kan Fea, jangan buat kerja gila ni.." jelas Zarith. " Fea dah tak tahan hidup macam ni, biar Fea mati je.." rayu dia. " Fea sakit Zarith, Zarith tak tahu, sebelum Fea kenal Zarith, Fea boleh terima hakikat yang Fea akan mati awal, tapi bila dah kenal, Zarith buat Fea rasa untuk terus hidup, Zarith selalu beri semangat dekat Fea.." jelasnya dalam tangisan.




         Zarith yang masih memeluk erat tubuh Sofea turut menangis. " Zarith sayang Fea, dan Zarith tahu pasal penyakit tu, Zarith tak kisah, yang penting jangan tinggalkan Zarith.." Zarith merayu pada Sofea.




           Dia terus memeluk Zarith sambil menangis teresak-esak. Selepas itu, hujan turun dengan lebat, ditambah dengan dentuman guruh. Sofea melepaskan pelukan itu dengan perlahan. " Fea.."  panggilnya dengan perlahan. Sofea memandang ke muka Zarith yang kini dibasahi hujan.




          " Janji dengan Zarith, Fea tak kan buat perkara ni lagi.." ujar Zarith. Sofea hanya mengukirkan senyuman. " Mulai dari sekarang Zarith akan jaga Fea, dan akan sentiasa berada disisi Fea.." tambahnya lagi. Wajah Sofea yang tadinya muram, kini bertukar dengan senyuman diukir.




        " ZARITH SAYANG FEA!!.." Zarith menjerit sekuat hatinya ke arah laut yang terbentang luas itu. Sofea tersenyum lalu berlari kearah Zarith yang berada di hujung bukit itu, dia terus memeluk tubuh Zarith dari belakang.




         " gembiranya aku hari ini..bagai orang miskin tiba-tiba dapat duit yang berjuta-juta.." desis hati Zarith yang kini dilamun cinta. Zarith menarik Sofea dalam dakapannya. Sofea terasa kehangatan  ditubuh Zarith.




                      ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




         Pagi yang indah itu, amat dingin, hujan baru sahaja berhenti. Zarith dan Sofea duduk hujung bukit itu sambil berborak." oit!..apa korang buat dekat sini ?.." tanya Amir dengan pelik. Zarith hanya tersenyum." borak lah..". Suzy, Wan dan Myra turut berada disitu. Lalu mereka duduk tersusun di bukit itu sambil berpegangan tangan.




          " Guys, korang nak buat janji tak?.." tanya Amir sambil memdang ke arah semua rakan-rakannya. " janji yang macam mana ?.." soal Myra. " owh aku tahu, janji yang friendship tu eh?.." balas Wan. Amir menganguk kepalanya.




          " So, apa janji kita?.." Sofea memandang ke arah Amir. Amir melihat kearah laut yang luas itu, " kita kena janji,kita tak kan berpisah, tak kira apa pun terjadi, kita tetap kawan sampai mati.." kata Amir dengan penuh bermakna. " janji.." mereka berkata dengan serentak.




       " group hug!!.."jerit Sofea sambil mendepangkan tangannya. Mereka tersenyum lalu memeluk antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka memakai cincin yang bertulis nama mereka dan ‘ Laksamana Generation ’




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




        Tahun berganti tahun, hari berganti hari. Kini mereka semua melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Tokyo. Mereka kini berusia 19 tahun. Yang perempuan sudah menjadi anak dara, manakala lelaki menjadi teruna.




          Suzy, Myra dan Sofea menyewa rumah di kawasan perumahan yang berhampiran dengan universiti itu. Mereka akan pergi ke rumah barunya pada hari ini.




        Sampai sahaja di rumah berkenaan, mereka pun turun daripada kereta Suzuki Swift berwarna biru milik Sofea. " our sweet home.." kata Suzy sambil memandang kearah rumah baru mereka. Mereka jalan mengelilingi rumah itu.




      Tiba sahaja dibelakang rumah, Myra menjerit kegembiraan sambil melompat-melompat. " korang..ada swimming pool la, boleh lah buat party.." kata Myra yang masih dalam kegembiraan itu. Suzy hanya tersenyum melihat Myra yang tidak berubah dari dulu.




          Sofea mengajak kawan-kawanya melihat didalam rumah. Mata Suzy dan Myra tidak terlepas dari memandang sekeliling rumah itu. Mereka terpegun dengan keunikan rumah ini. Susunannya biasa sahaja tetapi menarik. Suzy pergi ke tingkat atas melihat barang-barang disitu.




       Myra hanya mengukirkan senyuman. " Baguslah parents kau Fea, semua dah siap, cuma tinggal orang je.." puji Suzy sambil memulas setiap tombol pada pintu yang ada, dan melihat ke dalamnya. " Hmm, biasa saja.." balas Sofea selamba.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




           Pada malam yang dingin itu, mereka membentangkan tikar lalu baring ketas nya, sambil menikmati keindahan bintang-bintang yang berkelipan itu. " Fea, Zarith study dekat mana ?.." tanya Myra. Sofea tersenyum. " tak tahu lah, aku rasa dia dah tukar nombor lah, aku call tak dapat pun.." balas Sofea.




          " Macam manalah rupa diaorang sekarang ?..mesti dah hensem kan ?.." tanya Suzy sambil tersenyum sendiri. " Entah lah Suzy, dah berapa tahun tak jumpa diaorang.." jelas Sofea sambil mengira bintang dilangit. " rindu pula dekat Amir.." katanya selamba.




          Sofea dan Myra memandang Suzy dengan senyuman yang bermakna. " Kenapa tersengih-sengih ni ?.."tanya Suzy dalam kehairanan. " kau suka Amir eh?.." tanya Myra dengan perlahan.




       Myra bangun dan menjerit " Suzy suka Amir..Suzy suka Amir.." di ulang beberapa kali. Suzy berang dengan kelakuan Myra, lalu dia mengejar Myra mengelilingi kolam renang. Sofea hanya tertawa kecil melihat gelagat temannya.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




          Pada pagi yang indah itu, Sofea telah dikejutkan dengan deruman motor yang sangat kuat. Bagaikan mahu pecah rumah mereka dibuatnya. 3 gadis yang itu, menuruni tangga dengan cepat untuk mencari darimana punca bunyi deruman motor itu.




         Buka sahaja pintu rumah mereka, kelihatan 3 orang lelaki yang agak tinggi dan bertubuh sasa, sedang membaiki motornya itu. “ Tak kuat lah bro..cuba kau press lagi..” kata kawannya yang sedang mengelap motornya. Lelaki itu kemudiannya, melakukan apa yang diarah oleh kawannya itu.




         Satu bunyi yang amat kuat dihasilkan oleh motor-motor di rumah sebelah. Sofea memberanikan diri, pergi ke arah lelaki-lelaki tersebut. “Hmm guys, boleh tak betulkan motor ni dekat bengkel, bunyi bising lah..”jelas Sofea dengan lembut.




         Mata lelaki tersebut terus terpaut dengan Sofea yang berada disebelah pagar itu. “Hmm sorry ye..”katanya sambil tersenyum. “ Korang baru pindah hari ni ke?..”tanya Sofea kerana dia ingin tahu. Mereka bertiga mengangguk kepala. “ Boleh saya tahu nama awak?..tak tahu nak panggil apa?..”katanya sambil ketawa kecil.




       Sofea tersenyum. “ Sofea Isabella, panggil Fea..”katanya dengan lembut. “ yang itu Suzy dan ni Myra..” sambil menunjuk kearah kawan-kawannya.




      Salah seorang lelaki yang sedang meneguk air itu tersedak apabila mendengar nama-nama gadis itu. Lelaki yang berhadapan dengan Sofea terpaku tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.




       Myra dan Suzy ketawa kecil. Sofea melambaikan tangannya didepan mukanya. Dia tersedar lalu berkata “ Masa sekolah menengah korang satu kelas kan?..”tanya Zarith untuk memastikan 3 gadis itu adalah kawannya di waktu sekolah.




      Mata Sofea terbeliak mendengar soalan daripada dia. “ Mana awak tahu?..” tanya mereka dengan serentak. Dia memanggil temannya yang tersedak tadi. “Wan, kau tunjukkan cincin kau?..” beritahu Amir. “ Ok Mir..”. Mereka menunjukkan cincin itu.




       “ Wan?..”kata Myra. “ Amir?..” Suzy menaikkan keningnya. Tiba Sofea berkata, “ aku ingat..Wan, Amir dengan Zarith?..”katanya dengan gembira. Wan dan Amir tertawa dan mengangukan kepala mereka. ” eh korang, lama nya tak jumpa, rindu lah..” kata Zarith sambil tersenyum




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




        Selepas sahaja menikmati makan malam itu, mereka duduk berborak diruang tamu sambil menonton televisyen. " Assalammualaikum...", kedengaran suara seorang lelaki memberi salam dihadapan rumah mereka.




       3 gadis ini terus melihatnya dari tingkap itu. "Zarith la.."kata Sofea dengan gembira. Sofea terus membuka pintu dan menjawab salam tadi. Zarith hanya tersenyum melihat keayuan Sofea. " Masuk lah.."jerit Sofea dari muka pintu itu.




          Mereka sekawan duduk diruang tamu, Amir pula membawa 1 kotak yang agak besar. "Apa isi dalam kotak tu?.."bisik hati Suzy yang tertanya-tanya. "Guys, tahu tak apa yang ada dalam kotak ni?.."tanya Wan sambil menaikkan keningnya. 3 gadis itu buntu, lalu Amir mengeluarkan sekeping gambar daripada kotak itu.




       "Wow, ni gambar masa kita form 2 la.."kata Myra dengan gembira. " muka budak kecik, poyo la.."tambah Amir. Mereka tertawa bersama sambil mengenang peristiwa yang berlaku semasa mereka dibangku sekolah.




      Terlampau banyak kenangan yang mereka simpan. Sehingga sekarang, 1 pun tidak pernah luntur dari fikiran masing-masing. " lawa juga banner yang kita buat dulu.." kata Zarith sambil menunjukkan gambar itu kepada yang lain.




     "Apa ayat yang Wan cakap dulu?..yang masa Cikgu Aziz puji cantik tu?.."tanya Suzy sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.




      Belum sempat Wan menjawab," happy heart mummy daddy you je nak cakap macam tu.." balas Sofea lalu tertawa mengingat kembali. Wan hanya tersenyum sambil mencubit pipi Sofea yang makin tembam itu.




      Mereka semua tertawa melihat kerenah Amir yang suka membuat orang disekelilingnya ketawa. Lihat sahaja jam pada dinding rumah mereka, sudah tepat pukul 10. Tanpa disangka, waktu berlalu dengan cepat.



      Zarith, Wan dan Amir meminta izin untuk pulang kerumah mereka. " ok la, dah malam ni, kitaorang nak balik dulu, esok kita bertolak bersama-sama ke Universiti k.."Zarith bercadang. Mereka semua bersetuju dengan cadangan Zarith itu.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




            Sampai sahaja di Universiti, mereka berpecah dan pergi ke kelas masing-masing. Kebetulan Sofea dan Zarith tiada kelas buat ketika itu. Mereka bercadang untuk pergi ke taman di belakang universiti itu.




         Terdapat sungai yang luas dan dijaga bersih, udara disitu sunggguh nyaman, tambah pula dengan dihiasi pohon bunga sakura. Sungguh indah pemandangan di taman ini. Tanpa membuang masa, Sofea terus megambil gambar pemandangan yang cantik itu menggunakan Canon EOS 7D nya.




        Zarith hanya tersenyum melihat gelagat Sofea. “ Fea tak berubah macam dulu..suka sangat ambil gambar..”kata Zarith kepadanya sambil berjalan menuju kerah Sofea. Dia tersenyum. “ biasa lah tu, Fea minat bidang photographer ni..”katanya sambil mengambil gambar bunga sakura yang jatuh dari pohonnya.




        “ Sofea kelihatan ceria, seperti dia tidak menghidap apa-apa penyakit, dia selalu bersemangat walaupun aku tahu dia terseksa dengan ubat dan rawatan yang harus dia jalani..”desis hati sepi Zarith.




        Mereka duduk dibangku dibawah pohon sakura sambil berbual. Sudah lama mereka tidak berbual. Rindu di hati Zarith telah terubat dengan senyuman Sofea yang kembali menyinari hidupnya.




        Tanpa disedari, mereka telah diperhatikan oleh 3 orang gadis. “ ish, hidup lagi MISS PERFECT tu, aku ingatkan dah mati!..”katanya dengan geram. “ Whats your plan..” tanya salah seorang daripada gadis itu. Dia tersenyum sambil memandang ke arah Sofea dan Zarith.




      “ aku akan buat hidup dia merana, sampai dia hembus nafas terakhir dia tu..”balasnya dengan ketawa dengan kuat.




       Dia ketawa dengan kuat menyebabkan Sofea mencari arah mana suara itu. Sofea memandang ke atas bukit, air mukanya serta merta berubah.





 Bersambung……..
=)…………

>> siapa 3 orang gadis itu?...

>> berjaya ke plan dia?....



♥ Thanks for reading..luv yaa ♥