Because Of You....1



Tepat pada pukul 5:30 pagi, kedengaran bunyi jam loceng disebalah katilnya. Dengan segera,Firdza bangun dari katil dan mematikan loceng tersebut. Dia menggosok matanya dan terus mencapai tuala yang disangkut pada kerusi.


Walaupun masih rasa mengantuk, Firdza terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.Beberapa minit kemudian, dia bersiap untuk pergi ke sekolah. Sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam kereta, jarinya terus menekan punat radio.


Lagu “ Apa Salahku” nyanyian D’masiv berkumandang melalui corong radio. Firdza membiarkan lagu itu berakhir. Jika diamati setiap baris lirik tersebut, amat sesuai dengan perkara yang dihadapi oleh Firdza sekarang. “ kenapa la lagu nie mengingatkan aku??..ish3…” bisik hatinya.


Firdza Shahira atau lebih dikenali sebagai Firdza, ialah pelajar tingkatan 3 pada tahun ini. Dia bakal menduduki peperiksaan yang besar, iaitu PMR. Firdza cuba sedaya upaya untuk melupakan peristiwa yang terjadi kepada dirinya pada tahun lepas tetapi, ia masih bermain difikirannya. Namun, dia tetap sabar menghadapi hari-harinya disekolah.


Akhirnya, kereta Citra yang dipandu oleh ayahnya berhenti dihapan pintu sekolah. Dengan segera dia bersalaman dengan ayahnya dan keluar dari kereta. Pagi yang dingin itu, jelas mencerminkan perasaan yang Firdza buat ketika itu. Dia bersama 3 orang rakannya Siti,Diana dan Fiqah yang menumpangnya menuju ke kelas masing-masing.


*******************


Bunyi loceng sekolah telah berdering, menandakan waktu untuk pelajar-pelajar rehat. Seperti biasa Firdza, Zulaikha dan Fasha melangkah ke kantin bersama-sama. Masing-masing sudah tidak sabar untuk mengisi perut yang kosong itu. Firdza hanya setia menunggu Fasha membeli makanan di bangku kantin.


“ diet eh??..” tegur Fasha dari belakangnya. “ tak de la..aku kenyang lagi..” Firdza membalas. Zulaikha tersenyum lalu menjamah makanan yang ada didepannya itu. Sementara menunggu mereka menikmati makanan itu, 2 pasang mata Firdza memerhatikan sekeliling kantin. Banyak perubahan yang dibuat, dari segi makanan yang dihidangkan dan banyak lagi.


Tiba-tiba matanya terpaut pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Serta merta peristiwa tahun lepas kembali bermain dimindanya. Hampir mengalir air mata bila dikenang semula. Dengan segara dia berpaling dari kelibatnya tadi.


Makhluk tuhan yang dimaksudkan tadi adalah Asyraf. Firdza mengenali Asyraf sejak tahun lepas lagi. Tapi hanya kekal selama 2 bulan. 2 bulan yang tidak mungkin akan dilupai oleh nya,kerana terjadinya peristiwa yang tidak diingini berlaku.


** Julai 2010 **


“ Firdza..sini kejap..” dengan perasaan berdebar, dia menghampiri Syahirah. “ ape dia??..” balasnya. “ kau tahu tak Asyraf baru putus dengan Hidayah??..” Tanya Syahirah dengan muka yang serius. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancur hatinya buat ketika itu. “ Hidayah mana??..” balas Firdza dengan hati yang luka.


Syahirah terus menarik tangannya berjumpa dengan Kak Fatin. Dia menjelaskan semua perkara yang dia tidak ketahui selama ini. Firdza menahan air matanya dari jatuh kebumi, tetapi hatinya sudah menangis terlebih dahulu. Syahirah hanya dapat memujuk dirinya yang sedang bersedih itu.


***********


Tiba-tiba sahaja peristiwa yang berlalu itu, bermain di fikiran Firdza. " oit..berangan eh??.." tegur Zulaikha yang sedang mengelap mulutnya yang comot itu. "hmm..tak la..teringatkan pasal last year la.." balasnya sambil memaksa dirinya mengukirkan senyuman lalu melangkah pergi dari kantin bersama mereka.


" kan kita orang dah suruh kau lupakan..." sampuk Fasha yang menghampiri Firdza dan Zulaikha. " hmm..aku dah cuba..but..entah la..cam mane entah aku tak boleh lupa..sorry.." balas Firdza selamba.


" tak pe..nanti kitaorang tolong kau.." balas Zulaikha sambil menepuk bahu Firdza. Dia tersenyum namun senyum itu tak bermakna dia gembira. Tiada sesiapa tahu betapa sakitnya hati dia buat ketika itu.


*********


Petang yang sepi itu, Firdza duduk dihadapan komputer ribanya, dan mencari maklumat-maklumat untuk kerja sekolahnya. Entah bagaimana, hatinya terdetik untuk mengintai blog milik Hidayah. Dengan perasaan ingin tahu, Firdza segera menaip laman web blog tersebut. Lalu dia membaca salah satu isi kandungan di dalam blog Hidayah. Jika dilihat dari tajuk,ia berkaitan dengan Asyraf.


Hatinya berdebar apabila membacanya, dia meneruskan membaca setiap baris ayat yang tertulis pada blog itu. Tanpa disedari, air matanya mengalir membasahi pipinya. “ sampai hati awak tipu kita lagi..mati-mati lah kita ingat awak dah berubah 100%..ihysfm!!..” desis hati Firdza yang kian hancur bagai kaca yang dihempas ke lantai. Lelaki yang dia sangkakan jujur itu, sanggup menipu dirinya lagi.


*********


Keesokkan harinya, Firdza cuba memaksa dirinya untuk senyum, namun segala usahanya gagal, kerana Firdza begitu kecewa dengan sikap Asyraf yang tidak serik lagi. “ kau ok tak??..macam bad mood je..” tegur rakannya yang berbadan gempal, Farhan.


 “ tak..” jawabnya pendek. “ kenapa nie??..cuba cerita dengan aku..” dia memujuk Firdza untuk menceritakan hal yang terjadi. Mahu tidak mahu, Firdza terpaksa menceritakan segalanya. Zulaikha dan Fasha turut ada pada masa itu.


Dengan tekun Farhan mendengar rintihan hati daripadanya. Suatu ketika dahulu, lelaki yang bernama Farhan itu, pernah menyayangi dirinya. Entah kenapa, begitu susah untuk menerima sesiapa pun, di dalam hidupnya. Selepas Firdza meluahkan perasaan geramnya yang terpendam itu, Farhan pula melangkah pergi, meninggalkan Firdza bersama Fasha dan Zulaikha.


 *********


“ weyh..asal kau buat Firdza macam tu??..kesian dia kau tahu tak??..” katanya tegas. “ entah..” balas Asyraf dengan selamba. Sebelum sempat Farhan membalas, Asyraf terlebih dahulu menyatakan hasrat hatinya, “ aku gila kan diaorang berdua..”. Terlopong mulut Farhan mendengar kata-kata keluar dari mulut Asyraf.


**********


Beberapa minggu selepas itu, Firdza menghindari dirinya dari bertemu dengan Asyraf, ataupun Arshad, saudara kembarnya. Tetapi takdir telah menemukan mereka di sekolah. Kemana sahaja Firdza pergi, mesti terserempak atau terlihat dengan mereka berdua.Naik muak Firdza bertemu mereka, namun dia tetap sabar menghadapi dugaan ini. Mulai dari saat itu, Firdza tidak mempercayai lelaki mahu pun cinta Kerana dia,Firdza jadi sebegini.


“ kau jangan la lari je daripada dia..nanti dia makin perasan..” kata Zulaikha sambil mempercepatkan langkahnya untuk menyaing Firdza yang jauh kehadapan. “ kalau aku tak buat macam tu..nanti dia fikir aku ni terhegeh-hegeh kat dia..ish..”mukanya masam mencuka.


Sampai sahaja dikelas, Firdza terus duduk di tempatnya, sambil menongkat dagunya. “ kau sabar je la..maybe ada hikmah..” Fasha cuba menenangkan Firdza. “ hmm..untung kau Fasha, dapat pakwe yang setia, walaupun dia jauh, tapi aku boleh rasa lah, yang dia tu setia..” kata Firdza terus terang kepadanya.


“ Tapi dia pernah tipu aku jugak..” balasnya balik. “ yela..tapi lepas tu, dia dah jujur..tak cam mamat ni..siot je..kalau muka macam Justin Bieber..nak pasang 10 pun..aku tak kisah..nie muka cam apa..ada hati nak pasang 2..gi mampus la..” bebelnya sambil merenyukkan kertas pemberitahuan tentang cuti sekolah yang baru diedarkan oleh ketua kelas sebentar tadi.


Zulaikha ketawa besar melihat gelagat Firdza. “ kau nie..tengah marah pun boleh buat lawak..” dia menyambung ketawanya tadi. Firdza juga tersenyum dengan kata-katanya tadi.. =).Beberapa minggu melepasi mereka. Hari demi hari Firdza menahan sakit ,sakit yang bisa diubati. Hatinya tidak pernah hancur sebegini, kerana dia lah, Firdza tidak mempercayai setiap insan yang bergelar lelaki.


*********


Pada waktu Science, Pn Juriah tidak masuk ke kelas. Fasha mengajak Firdza untuk mencari guru untuk mengganti Pn Juriah. Sedang sahaja mereka sedang rancak berbual semasa ditangga, sehingga tidak perasaan ada pelajar dihadapannya. Firdza terlanggar pelajar tersebut, dengan kelam kabut dia meminta maaf sambil terbongkok-bongkok mengutip buku-bukunya yang jatuh tadi.


“tak pe..” balas pelajar itu. “ eh??..lelaki la..malunya aku..” desis hatinya apabila mendapati tuan punya suara itu seorang lelaki. Dengan perlahan dia melihat ke atas. “ sorry eh..tak sengaja” balas Firdza menahan malu dimukanya. “ hmm..its ok..tumpang tanya, blok form 4 dekat mana ye??..” katanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.


“owh..dekat sebelah surau..blok tu kat belakang sana..” balas Fasha sambil menunding jari ke arah surau. “ ok..thanks..hmm..btw saya Eyyad..” balasnya dengan senyuman. “ no prob..saya Fasha..yang terlanggar awak tu Firdza..ok la..hope awak jumpa kelas..” balas Fasha sambil tertawa, lalu melangkah pergi bersama Firdza.



“ Kau ni kan..memalukan aku je..” jelas Firdza.“ Eyyad tu comel kan..” kata Fasha dalam perjalanan balik ke kelas mereka, yang berada ditingkat 3.Dengan pantas dia mengubah topik. “ comel ke??..” balas Firdza sambil mengangkat sebelah keningnya. 

Fasha tertawa melihat Firdza ketika itu. Dia juga turut ketawa dengan aksinya sendiri. “ comel la..kut..rambut dia ala-ala justin bieber..and then gaya dia..” jelas Firdza sambil tersenyum sambil mengingati wajah Eyyad.


“ dah mula dah..Justin Bieber Malaysia..” Fasha terus tertawa dengan ayatnya sendiri. “ ape seyh..merepek betul..BTW setia pada yang satu ye cik Fasha..” perli Firdza sambil melangkah masuk ke kelas. “ oh yeah…I forgot..” balas Fasha dengan selamba.


*********


Masa rehat pun telah sampai, kantin yang kosong itu, dengan sekelip mata penuh dengan pelajar-pelajar. Firdza juga hairan melihat karenah mereka yang tergesa-gesa hendak ke kantin. Seperti orang kebuluran. Dia tertawa sendiri melihat setiap gelagat mereka.


“ kau dah kenapa ketawa sorang-sorang??..” sapa Fasha disebelahnya. Firdza tersedar dari lamunannya. Belum sempat dia membuka mulut, Fasha telah mendahuluinya. “ tak kan la terjumpa Justin Bieber Malaysia..dah jadi gila macam nie??..ish3..” katanya lagi sambil menyuapkan kuih lapis ke dalam mulutnya.


“ Justin Bieber Malaysia??..” berkerut dahi Zulaikha. Firdza tertawa sendiri. “ tadi kitaorang terserempak dengan mamat ala-ala justin bieber..” balasnya. “ ye jewk..korang ni??..” tanya Zulaikha bagaikan tidak percaya.


“ ya iya lah!!...believe me..” sampuk Fasha dengan loghat indon dan mimik mukanya yang serius. Firdza tersenyum melihat rakannya yang menafikan kenyataan tersebut. “ ha..tu dia!!..” balas Fasha dengan cepat, sambil menunding jari telunjuknya pada pelajar lelaki yang baru sahaja menjejak kaki ke kantin.


Sepantas kilat, bola mata mereka memandang tepat pada pelajar berkenaan. Bukan sahaja mereka bertiga, namun boleh dikatakan hampir semua pelajar perempuan di kantin itu, memerhatikannya.



Tiba-tiba pelajar yang mereka perhatikan itu, memandang ke arah Fasha, Firdza dan Zulaikha. Dengan ikhlas dia melemparkan senyuman manis kepada mereka dari jauh. Terbeliak mata Fasha melihat senyuman yang menggoda itu. “ wa lau wey..Fasha..” kata Firdza sambil tertawa melihat rakannya itu. “ mengucap Fasha..setia pada yang satu..” tambah Zulaikha sambil mengusap belakang badan Fasha.


“ ape korang nie!!...” tegas Fasha sambil mengalihkan pandangannya ke Zulaikha. Mereka hanya memandang ke tempat lain dan buat tidak tahu sahaja. “ hmm..yela-yela..Pasha forever..” balas Fasha sambil meneguk air sirap limau itu. Firdza dan Zulaikha tertawa dengan gelagat rakannya itu, Fasha.


********


Sedang rancak mereka berbual, satu suara menyapa dari arah belakang. “ hye Firdza and Fasha..” kata suara itu. Dengan segera mereka menolah kebelakang. Rupa-rupanya lelaki yang mempunyai gaya seperti justin bieber menegurnya. “ eh Eyyad..dah makan belum??..” Fasha meramahkan mulutnya yang terlebih ramah itu.XD. “ mestilah dah..yang ni siapa??..kawan korang juga eh??..” tanya Eyyad sambil memandang tepat ke arah Zulaikha.


“ of coz la..nama dia Zulaikha..” balas Firdza. “ kita orang panggil dia Jyju..” tambah Fasha. “ kepala HOT kau..Jyju..” sampuk Zulaikha apabila Fasha mereka nama tersebut. Eyyad hanya tersenyum saat mereka memperkenalkan teman mereka itu.


****bersambung****


  • ape jd ps2??
  • korang rse..Eyyad minat kat spe??
hoho...soalan cepumas...XD...




**hha...wa lau wey!!...aq tw cter aq sgt3 poyo n x bez lnsung...nth knp aq mnggtl nk tlis..hoh0..klu nk bndingkn B.O.Y ngn Miss Perfect..aq rse Miss Perfect mnang...XD...papew la...smue cter at ats nie x 100% bt0l...tp yg bhgian ats2 2...kisah benar nyott!!...XD..**


♥ Thanks for reading..luv yaa ♥