Aq. .Dye. .&. .Kamu (short story)

    
        " suasana riuh dikantin, bagaikan terhenti seketika. Mata pelajar-pelajar perempuan, telah terpaut pada lelaki yang baru sahaja melangkah kaki ke kantin. Aku tertanya-tanya, siapakah lelaki yang mereka semua pandang. Kelihatan seorang lelaki berpakaian lengkap dan kemas. Dia meneruskan langkahnya dengan senyuman diukir. Lelaki yang dimaksudkan itu ialah, Haziq Al-Hafiz. Anak guru besar sekolah ini.." desis hati Qyra sambil memehatikan Haziq.




      Akasyah yang berada dihadapan Qyra, bagaikan tidak wujud. " Qyra..hello??..." kata Akasyah sambil melambaikan tangan didepan muka Qyra. Qyra terus tersedar dari lamunannya tadi. " apa dia?.." balasnya sambil mencari kelibat Haziq yang hampir hilang dari pandangannya.




    Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. " kau nak aku kenal kan kau dekat dia ke??.." tanya Aksyah selamba. Qyra tercengang. " siapa dia?.." balasnya. Akasyah menunjuk ke arah Haziq, yang kini sedang berbual dengan buah hatinya, Bella. Qyra memukul lengan Aksyah yang masihh menunding jari pada Haziq.




      " kau gila apa??..nak mampus??.." balasnya sambil membeliakan matanya yang sudah semula jadi besar itu. " lawa mata kau, ala-ala Heliza AF5, aku suka.." katanya dengan selamba. Apalagi, Qyra terus mencubit lengan Akasyah. " ah..ah..sakit la Qyra.." kata Akasyah sambil menggosok lengannya yang telah dicubit oleh Qyra tadi. " kau jangan buat kerja gila eh..kalau haziq tahu pasal ni..tak lama lagi arwah la kau.." ugut Qyra sambil mencekak pinggangnya yang ramping itu. Akasyah tersenyum melihat telatah, kawanya itu lalu melangkah pergi dari situ. Qyra hanya menjelingkan matanya itu.




           Qyra dan Akasyah sudah rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka sahabat baik sewaktu disekolah dulu. Kini anaknya pula berkawan baik. Qyra antara pelajar perempuan yang diminati disekolah. Kulitnya putih bersih, bibirnya delima merkah, anak matanya besar, sangat comel jika dipandang. Bagaikan anak patung. Cute. Akasyah apa kurangnya. Berbadan tegap, kulitnya sawo matang, alis matanya galak. Penampilannya sederhana, sedap mata memandangnya.  




#_#_#_#_#_#_#



         Akasyah menemani Qyra hingga kerumah seperti biasa. Rumah mereka berhampiran sekolah, mereka selalu pergi dan balik dari sekolah bersama. Dalam perjalanan itu, mereka ternampak Bella sedang bermesra dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut dalam lingkungan 20 tahun. “ ish,ish..dah dapat haziq nak yang lain pula..” kata Qyra dengan perasaan tidak puas hati. Akasyah hanya mengangguk pada apa yang dikatakan oleh Qyra tadi.




#_#_#_#_#_#_#




          Pada malam yang sayu itu, Qyra sedang melayari internet diatas katilnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Qyra mengambil telefonnya lalu membaca isi pesanan tersebut.
>> Hye Qyra,, ngah wt pe 2??..nie haziq..=)..
        Hampir terjatuh dia dari katilnya mebaca mesej tersebut. “ Haziq??...Haziq mana??...Haziq Al-Hafiz tu ke??..” soal dirinya. Qyra tidak membalasnya, kerana takut kawan-kawannya mempermainkan dia dengan cara itu.




                                                                  #_#_#_#_#_#_#_#_#




          Kesokkan harinya, Akasyah pergi ke meja Qyra. “ oit..Haziq ade call or mesej kau tak?..” kata Akasyah sambil melabuhkan punggungnya untuk duduk. Qyra terkejut lalu berkata. “ kau rupanya, lapok betul lah, aku tak kan terpedaya lah dengan kau..” balasnya sambil tertawa kecil. Akasyah terus mengetawakan Qyra balik.




          Dia memandang Akasyah dengan pelik. “ tu haziq lah..aku beritahu dia pasal kau..nampaknya macam suka...” kata Akasyah sambil menyambung ketawanya tadi. “ kau jangan tipu aku..aku tak suka la macam ni..aku tahu la aku suka dia..jangan main-main..” balasnya dengan serius.




       “ aku serius lah ni..Haziq yang hantar..and balik nie dia nak jalan dengan kau..rumah korang kan dekat..” katanya sambil memandang ke arah Qyra. Qyra tersandar dikerusinya, sambil memikirkan sejauh mana kebenaran perkara yang Aksyah katakan tadi.




#_#_#_#_#_#_#_#_#




       “ kkkrrriiiinnggg….” Kedengaran bunyi loceng sekolah, itu menandakan tamatnya pembelajaran pada hari ini. Qyra mengemas barang-barangnya, lalu memasukkannya kedalam beg. Dengan perlahan dia keluar dari kelas. Dari kelasnya, Qyra nampak Haziq yang sedang setia menunggunya ditangga.




           “ kau dah sedia belum..Haziq nak jumpa tu..” kata Akasyah sambil mempercepatkan langkahnya lalu berjalan disebelahnya. Qyra mengeluh. “ tak apa lah..Bella nampak mati aku..” balasnya lalu memandang kearah Haziq. “ dia dah putus dengan Bella..” kata Akasyah sambil menunjuk ke arah Haziq yang menghampiri mereka, lalu melangkah pergi dari situ.




       Melihat langkah Haziq yang semakin menghampirinya, perasaan berkobar semakin membuak-buak di dadanya. “ Hye Qyra..nak balik dah ke??..” kata Haziq dengan senyuman diukir. Comel. “ Hye..a’ah..kenapa??..” balasnya lembut. “ Haziq teman boleh??..” katanya sambil berharap agar Qyra setuju. Qyra tersenyum lalu mengangguk kepalanya.




       Baru sahaja beberapa langkah, Qyra terasa dirinya diperhatikan. “ Haziq dengan Qyra ke??..biar betul??..” kata salah seorang pelajar perempuan itu. “ ntah lah, tapi ok ape..comel dengan comel..” tambah rakanya. Qyra terus melangkah pergi dengan Haziq disisinya. Dia berasa kurang selesa, bukan kerana berjalan dengan Haziq, tapi kerana dirinya diperhatikan dari setiap sudut. Biasa lah tu, berjalan dengan orang popular, selalu lah jadi macam itu.




       Akasyah yang berada dibelakang pokok yang besar itu, sedang memerhatikan Qyra. “ mesti dia suka dapat jalan dengan Haziq..” bisik hatinya.




                                                        #_#_#_#_#_#_#_#_#_#_#




       Hari demi hari, Qyra dan Haziq semakin rapat, menyebabkan ramai pelajar perempuan berasa cemburu dengannya. Mana taknya, dapat berkawan dengan pelajar lelaki yang diminati disekolah. Hubungannya dengan Akasyah semakin hari semakin renggang. Setiap kali dia mahu menemani Qyra balik ke rumah, macam-macam alasan yang diberi. Jika dulu, tidak perlu diajak, Qyra sendiri yang mahu dirinya ditemani Akasyah.




           “ weyh, kau dah tak kawan lagi ke dengan Qyra??..” soal Luqman. Akasyah memandang Qyra dan mengeluh. “ ntah la, sekarang dia selalu dengan Haziq..” balasnya dengan nada sedih. “ tu la kau, kalau kau beritahu dia, yang kau suka dia, dia tak kan minat dekat si Haziq tu..” kata Luqman selamba. 




        Akasyah menepuk bahagian belakang tubuh badan Luqman. “ sejak bila pula aku suka dia??..aku dengan dia best friends dari kecil..” jelas Akasyah pada Luqman. Luqman tersengih. “ ala..kau jangan nak tipu la, aku tahu kau suka dia, cara kau cakap, cara kau layan dia..nampak jelas yang kau suka dia..” balas Luqman dengan penuh gaya. Akasyah tertawa lalu melangkah pergi ke kantin.




     Haziq dan Qyra sudah berada di kantin. Haziq terus menarik Qyra ke tempat yang tidak dikerumuni oleh pelaja-pelajar. Dia memandang tepat kearah mata Qyra yang besar itu. “ Qyra..” katanya dengan lembut. “ ye..” balas Qyra. Haziq menelan air liur lalau bersuara. “ Qyra nak tak jadi girlfriend Haziq..” katanya sambil memegang tangan Qyra. Halus dan lembut kulitnya.



         Qyra terkejut dengan kata-kata Haziq itu. Dengan perlahan dia menjawab. “ hmm..haziq boleh bagi Qyra masa untuk fikir tak??..” balasnya sambil mengukirkan senyuman. Haziq tersenyum lalu menggangguk kepalanya.  “ sungguh tenang hati, bila melihat Haziq tersenyum..” desis hati Qyra.




                                                       #_#_#_#_#_#_#_#_#_#_#
           Pada malam itu, Akasyah termenung di balkoni biliknya. Dia memikirkan tentang kata-kata Luqman tadi. “ macam mana Luqman boleh tahu??..cara aku layan dia nampak sangat yang aku suka dia??..hmm, memang betul pun..aku memang suka Qyra, sejak kecil lagi..aku tak nak beritahu dia..takut dia menolak..dan persahabatan kami menjadi lebih renggang dari sekarang…” kata hati kecilnya itu.




         Qyra pula sedang bergayut telefon bersama Haziq. Macam-macam yang dia bualkan. Lebih dari 1 jam. Selepas habis menelefon Haziq. Dia pergi ke mejanya, untuk menyiapkan kerja sekolahnya yang tidak siap itu. Dia meminjam buku rujukan Akasyah untuk kegunaannya. Tanpa diduga, didalam buku itu, ada sebuah buku. Diatasnya tertulis “ MINE ~~ akasyah ~~..”. Qyra menyelak setiap helaian buku itu. Ternyata itu buku catatan Akasyah.




         14 APRIL 10..yezz!!...aq dh 1 kn haziq n qyra..huhu…hrp2 diorang jdi..=)…msti qyra ske..dpt kwn ngn org yg dye minati..hmm…dieorg 6pk bhgie..=D..qyra tersenyum jewk bile ngn haziq…pndi btul haziq wt pmpn tersenyum…=)…
          24 APRIL 10…hubungan aq ngn qyra,dh renggang..hmm..msti sbb si haziq tu…ish..menyesal kenalkan dia kt qyra…=P….kalau la dia tahu, dah lama aq x rse menyesal cm nie..ish3…
         1 MEI 10….luqman ckap aq ske qyra..hmm.mmg pown..aku dh lme ske kn dye…tp dye cme anggap aq cm kwn…x lbih dri 2…mmg skit aty ble tngk qyra ngn haziq…gram lah…aq tkut nk luahkn kat dye…coz aq tkut die tlak…n then kteorg x kwn lgy coz malu..bengang n mcm2 lah…esk haziq nk cple ngn dyhe…hmm…mcm mne lah aq lpaz ni….ape2 pown aq ttap syg kn qyra lbih dri haziq…




           Selepas membaca setiap helaian yang ada. Dia terbaring di atas katilnya itu sambil memikirkan tentang, isi-isi buku catatan Akasyah tadi.




                                                            #_#_#_#_#_#_#_#_#_#




           Esok dia mengatur rancangan untuk berjumpa dengan Akasyah dan Haziq. Qyra ingin memulangkan buku itu kepada Akasyah, serta memberi jawapan pada soalan Haziq itu. “ hmm, aku dah fikir masak-masak, aku akan pilih dia..” kata hatinya.




          Qyra menyuruh Akasyah dan Haziq tunggunya, di bawah pokok belakang sekolahnya. “ kkkrrriiinnnngg..” bunyi loceng berbunyi, masa untuk rehat bagi pelajar-pelajar sekolah ini. Tiba lah masanya untuk mereka bertiga berjumpa. Tepat sahaja pada pukul 10 pagi. Qyra melangkah pergi seorang diri kebelakang sekolah.




          Kelihatan Akasyah dan Haziq sedang menunggu Qyra dengan penuh tanda tanya. “ apa la jawapan Qyra..aku harap sangat dia setuju..kenapa Akasyah ada dekat sini sekali??...menyibuk betul..” kata hati Haziq. “ kenapa Qyra nak jumpa aku??..Haziq pun ada sekali..ish2..” desis hati Akasyah pula.




         Qyra berjalan menuju ke arah Akasyah dan Haziq dengan langkah yang perlahan. “ hye..” tegur Qyra. Mereka tersenyum. Lalu, dia menghulurkan buku milik Akasyah itu. “ kenapa tak beritahu aku awal-awal?..” soal Qyra. Akasyah memandang kebawah lalu bersuara. “ aku takut kau tak nak..”. Qyra menggelengkan kepalanya. “ Haziq, apa tujuan Haziq rapat dengan Qyra?..” katanya sambil berpaling ke arah Haziq. Tanpa rasa segan dia menjawab. “ sebab Haziq betul-betul suka Qyra..Haziq ikhlas..”. 




           Akasyah hanya merenung ketempat lain. “ Akasyah, apa pula tujuan kau?..” kata Qyra sambil memandang Akasyah. “ aku pun suka kau, aku takut nak bagitahu sebab aku tak nak kita putus kawan..aku sayangkan persahabatan kita, kalau kau tolak..putus sudah persahabatan kita..” balasnya dengan yakin.




         Qyra tersenyum lalu dengan berani dia bersuara. “ Haziq, Qyra memang sukakan Haziq..tapi sebagai kawan sahaja..”. Wajah Haziq yang tadinya ceria, berubah menjadi muram. “ kenapa..” tanya Haziq sambil merapatkan dirinya pada Qyra. Qyra memandang tepat pada wajah Akasyah. “ aku sukakan Akasyah…lebih dari seorang kawan..” balasnya sambil mengukirkan senyuman yang manis.



         




♥ Thanks for reading..luv yaa ♥