Miss Perfect . . . 5 ~ ending~

         

           Nad memandang Sofea dengan pandangan sinisnya. Sofea menghiraukan kehadiran mereka. Zarith menceritakan tentang gadis idaman datuknya, malang sekali maut telah memisahkan mereka berdua. “ apa-apa pun kita hargai hidup kita sekarang.. memang rumit bila fikir pasal hidup dan mati ni..”kata Sofea.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




           Mereka berdiri dibawah pohon sakura, bunga-bunganya berguguran dari dahan menarikan lagu cinta. Kini Sofea dapat rasakan nikmat cinta. Gelak tawa Sofea bagaikan listrik yang mendenyutkan jantung Zarith. Zarith rela hilang segalanya, selagi Sofea masih mengukirkan senyuman buatnya.





           Semasa Zarith terleka dilamun asmara, hatinya terdetik. “ adakah aku akan kehilangan Sofea ?..apakah pengakhiran cinta aku ?..aku tidak mahu hidup dalam kesengsaraan.. Buat masa ini, aku akan nikmati hidup ini dan memahami erti kehidupan..” kata hatinya.




                            ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




             Cuti semester pun bermula, mereka mengemas barang untuk pergi ke bercuti dipantai. Pelbagai peralatan yang mereka bawa. Barang yang sentiasa dibawa oleh Sofea adalah gitar dan kamera Canon kesayangannya. " Hmm, Fea, Fea pergi mana-mana mesti kau bawa 2 barang tu.. " perli Suzy. " Biasa lah tu, boyfriend aku no 2 ngn 3.." balas Sofea sambil memasukkan pakaian ke dalam beg.




       Suzy dan Myra tertawa mendengar jawapan dari mulut Sofea. Selepas sahaja mengisi beg mereka dengan barang. 3 gadis tersebut turun lalu keluar rumah sambil membawa beg pakaian mereka itu.




     Zarith pergi menolong Sofea yang terkial-kial membawa begnya itu. " beratnya?..bawa batu eh ?.." soal Zarith sambil mengangkat beg Sofea itu. Sofea tersenyum sambil mengunci pintu rumahnya." a'ah, Fea bawa batu dekat belakang rumah, nak buang dekat pantai nanti.." balasnya dengan senyuman manis.




       Zarith mencubit pipi Sofea." sayang Fea.." katanya dengan lembut lalu memasukan beg Sofea kedalam kereta Swift milik Sofea. Sofea menggosok pipinya yang semakin merah itu. Zarith menuju ke arah Sofea yang masih tercegat di depan pintu rumah.




      Dia terus mengangkat Sofea, lalu membawa kearah kereta." turunkan Fea!.." teriaknya sambil memukul belakang badan Zarith. Dia menurunkan Sofea berhampiran kereta. " tu la, lain kali cepat sikit, kalau tak dah lama Fea kena angkut.." balas Zarith sambil bermain-main dengan rambut Sofea yang kini ikal mayang. " yela sayang.." balasnya selamba sambil menjelir kan lidah.




      " kena potong baru tahu.." jawab Zarith sambil tersenyum. Sofea hanya tertawa dengan perangai orang yang disayanginya, Zarith. Masuk sahaja kedalam keretanya itu, Suzy dan Myra memandang ke arah Sofea dengan senyuman dibibir. “ apa?.. ” jawabnya pendek.




      “ sweet la korang berdua ni..” balas Suzy sambil memandang ke arah Sofea yang hendak menghidupkan enjin kereta. Sofea tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




        Sampai sahaja ditempat yang mereka tujukan. Mereka keluar dari kereta masing-masing.  Sofea terus mengambil gambar pemandangan di kawasan persekitaran itu. Bergaya sungguh Sofea. Dia amat meminati bidang ini dari kecil.




      Mereka berjalan menuju ke homestay yang ditempahnya minggu lalu. Dikiri dan kanan mereka dihiasi taman bungan yang kian mekar. Mereka dikelilingi hutan hijau yang depelihara. Sangat menenangkan fikirannya yang kusut itu.




       Homestay yang ditempah lengkap dengan keperluan. Sofea berjalan menuju ke balkoni biliknya, sungguh nyaman ketika itu. Seperti berada kayangan. Cuaca yang dingin telah mengukirkan senyuman dibibir Sofea. Tambah pula, bilik Sofea berhadapan dengan laut yang terbentang luas.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




       Pada malam itu, lampu gasolin yang dipasang sudah lama habis. Cahaya bintang menyinari masuk melalui celah tingkap yang pecah itu. Zarith terlihat kelibat Sofea sedang berkeliaran diluar bilik. Dia pun menuju keluar bilik dengan langkah yang perlahan.




      “ eh Zarith, tak tidur lagi?..” soalnya sambil memandang sekeliling ruang itu. “ tengok banyak kelip-kelip..” katanya sambil tersenyum. Zarith terus memeluk tubuh kecil Sofea dengan erat. “ alangkah bahagianya, bila Sofea berada disisiku, dunia akan terang bagai diterangi lampu neon. Tiada kegelapan yang akan datang..”bisik hati Zarith.




                        ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




       Beberapa hari kemudian, Sofea mula jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Dengan mendadak belang kegelapan kembali terpalit memamah kekejaman. Dunia kelihatan kelam,sepertimana kelamnya harapan hidup ini. Selain daripada simpati, Zarith juga akan lindungi dia. Mereka semua bergegas ke Hospital untuk menghantar Sofea yang kini makin sakit.




       “ aku mengenali Sofea diwaktu persekolahan dahulu. Selepas cuti semester baru-baru ini, semuanya mula berubah..” desis hati kecilnya.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




        “ Saya Khudori, doktor yang merawat pesakit yang bernama Sofea, Dia ditahan di wad kerana kesihatannya tidak mengizinkan dia untuk pulang..” jelas Doktor Khudori kepada Zarith dan rakan-rakanya yang lain sambil memegang bahu Zarith.




        “Keadaan dia dah ok kan?..berapa lama dia kena tahan?..ada apa-apa tak yang boleh saya buat?..” tanya Zarith dengan risau. “ dia mula stabil sekarang, hmm lebih kurang 3 bulan kerana dia harus menjalani terapi di hospital, Salah satu cara, adalah melalui pemindahan darah..” jelas Doktor itu.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




         Seminggu selepas Sofea jatuh sakit, Shahril datang dari jauh, lalu pergi ke hospital di Tokyo. “ Hye Sofea, ok tak?..” tegur Shahril sambil berjalan menuju kearah Sofea dengan membawa sedikit hadiah. Sofea membalas dengan senyuman. “ ok je..” jawabnya pendek. 




         Tujuan Shahril datang ke Tokyo adalah untuk mendermakan darahnya untuk Sofea. Air mata Sofea jatuh, mengalir dipipinya, “ kenapa?..” tanyanya dengan sayu. Shahril tersenyum lalu menjawab. “ Sebab abang sayang Sofea, abang nak Sofea sihat..” ujarnya sambil mengusap kepala Sofea dengan lembut. Dia terasa terhutang budi pada abang saudaranya itu.




            ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~* ~ * ~




        Beberapa minggu telah melepasi mereka. Kini sakitnya mula kronik. Zarith semakin risau akan penyakit Sofea. Zarith masuk ke wad, dimana Sofea ditempatkan. “ Banyak rambutnya gugur, kesan sampingan daripada terapi itu, tangan dan kakinya bengkak-bengkak, dan sekarang, muntah itu macam perkara biasa..”desis hatinya yang makin risau. “ Hye Fea..” tegurnya. Sofea memandang kearahnya lalu menjawab. “ Hye..” jawabnya pendek.




        Semakin lama Sofea semakin mendiamkan diri. Ciuman Zarith lazimnya ditolak. Tidak lama selepas itu, susuk tubuh Sofea kian susut. Zarith terasa mahu menghentakkan kepalanya kedinding, kerana dia tidak dapat melakukan apa-apa selain menunggu.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




        Pada pagi yang cukup indah itu, Zarith melawatnya seperti biasa. Sofea menyambut kedatangannya dengan senyuman, tetapi senyuman itu tidak semanis dahulu. Dengan perlahan Zarith mengenggam tangan Sofea, “ Zarith sayang Fea, sayang sangat-sangat, tolonglah, jangan tinggalkan Zarith, Zarith perlukan Fea setiap nafas Zarith, denyut jantung, gerak nadi, semua perlukan Fea. Memang Zarith cakap ni macam orang tak betul, tapi inilah sebetul-betulnya..”jawab Zarith dengan hati luluh.




      “ Fea tak perfect Zarith, Zarith boleh cari banyak lagi perempuan lain..”balasnya dalam tangisan. Zarith mengesat air mata yang kian membasahai pipi Sofea. “ Bagi Zarith, Fea dah cukup sempurna, walaupun Fea sakit, Zarith tak kisah..”rayu Zarith pada Sofea. Zarith bertekad hendak membawa Sofea keluar dari kegelapan yang melanda dirinya. Zarith berjanji dengan Sofea untuk bawa dia ke tempat yang diingini.




       Akhirnya Zarith membuat keputusan, untuk ke australia pada 12 disember,bersamaan dengan tarikh lahir Sofea. Sofea curi-curi keluar semasa makan malam. Selepas itu, jururawat akan memberi ubat suntikan. Beberapa minit selepas dia pergi, Sofea menyelinap keluar daripada wadnya itu.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




         Semasa dilapangan terbang itu. Zarith menunggu Sofea seorang diri. Matanya tercari-cari kelibat Sofea, yang masih tidak kelihatan itu. Baru sahaja duduk dibangku berhampiran tempat dia berdiri tadi, dia terdengar namanya di panggil. Zarith memendang kebelakang lalu ternampak Sofea yang sedang berdiri menunggunya.




         Dalam tempoh 3 bulan ini, sakitnya datang tanpa diduga, Zarith tidak dapat melakukan apa-apa lagi. Zarith kemudianya menyuruh Sofea memakai jaketnya itu, supaya orang tidak kenal dia. “ bestnya pakai jaket Zarith..”katanya sambil tersenyum..”




 ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




         Perjalanan itu mengambil masa 6 jam. “ pejam celik pejam celik, Fea dah 19 tahun..” kata Zarith. “ Zarith punya minggu depan, dah nak dekat tapi rasa macam jauh sangat..” kata Sofea sambil tertawa kecil.




          Mereka berbual, berbual dan berbual. Zarith sudah lama tidak bermesra dengan Sofea. “ senyuman dan ketawa yang aku cukup rindui itu sudah kembali menyinar..” desis hati Zarith yang teruja itu. Disebabkan terlalu seronok berbual, Sofea terlelap didalam dakapan Zarith. Zarith terasa ini sebuah mimpi indah yang mereka lalui.




          “ tak tahu mengapa, aku berharap kapal terbang ini tidak sampai ke mana-mana destinasi..” terdetik hati Zarith. Dengan itu, hidup Zarith kembali bermakna lagi, kembali ditabur dengan sebuah erti.




* ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~




         Selepas 6 jam berada di dalam kapal terbang, Zarith menyewa kereta untuk mereka gunakan, semasa mereka berada di Australia ini. Tiba-tiba Sofea bersin sambil menutup hidung dan mulutnya menggunakan tangan.




        “ Zarith!!..”panggil Sofea dengan cepat sambil menahan hidungnya berdarah itu. “ hidung Fea berdarah..” tambahnya Fea dengan cemas. Zarith memberikan sapu tangan kepada Fea, dan menyuruhnya menahan darah daripada mengalir.




        Sofea terbatuk dan darah yang mengalir semakin banyak. “Jom balik..” tiba-tiba Zarith mengatakannya. Sofea menangis sambil mengelengkan kepalanya. “ Fea tak nak balik, tolonglah..” Sofea merayu pada Zarith. “ kalau Fea balik hospital, Zarith tak kan dapat jumpa Fea lagi, Fea kena teruskan rawatan yang menyeksakan itu..” tambahnya lagi.




      Zarith menenurut sahaja apa kehendak Sofea. “ Fea duduk sini, Zarith pergi sewa kereta sekejap..” kata Zarith dengan cepat. Sofea mengangguk dan menekap sapu tangan itu di hidungnya, darah yang mengalir tadi tidak berhenti. Kini jaket Zarith yang Fea pakai turut berlumuran darah.




      Zarith berlari ketempat yang ingin dia tuju. Tiba-tiba, suasana yang sepi itu tadi bertukar menjadi riuh. Zarith melihat ramai orang menuju ke arah dimana Sofea ditinggalkan.” Apa yang berlaku ni?..”tanya hatinya dengan cemas. Zarith rasa tidak sedap hati, lalu dia mempercepatkan langkahnya kesana.




       Sampai sahaja disitu, betapa terkejutnya Zarith melihat Sofea yang kini terkulai dilantai dengan berlumuran darah. Zarith terus memeluk Sofea yang sudah tidak sedarkan diri itu. Zarith menahan dirinya daripada menangis tetapi air matanya tetap bergenang.




                                                        ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ *~




      “ Sudah banyak kali aku memberitahu diriku sendiri, jangan menangis!!..kerana menangis itu adalah satu luahan yang sia-sia.. tidak ada gunakan jika kita menangis.. walaubagaimanapun, aku sepatutnya tahu dari awal, bahawa istilah harapan, tidak wujud dalam kisah ini. Aku cukup benci diriku..”kata Zarith didalam hati sambil menunggu Sofea yang kini berada di hospital.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~* ~* ~*




        Zarith merenung kelantai hospital, sambil memikirkan tentang Sofea. “ Zarith..” namanya dipanggil oleh Encik Qairi, iaitu bapa kepada Sofea. Dia memandang kearah dimana Encik Qairi berada. “ kamu boleh pergi berjumpa Sofea sekarang..” katanya sambil memeluk isteri kesayangannya itu. Zarith hanya mengangguk.




~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~* ~* ~* ~




       Masuk sahaja bilik rawatan itu, kelihatan sekujur badan yang terbaring tidak bermaya itu sambil memakai alat bantuan pernafasan itu. “ siapa itu?..Sofea ke orang yang terbaring itu?..” banyak soalan yang dia tanya pada dirinya. “ memang benar tekaan ku,..” kata hatinya.




       “ kenapa muka Zarith?..risau semacam je?..” kata Sofea yang masih tersenyum. “ tak ada apa-apa, yang penting Fea nampak cantik selalu..” kata Zarith sambil menghampiri katil Sofea.




      “ aku betul-betul macam orang bodoh dan menyampah dengan keadaan sekarang nie..”desis hati Zarith yang kian terluka itu. “ Fea takut Zarith, jangan tinggalkan Fea, ye Zarith..” soal Sofea sambil mengangis teresak-esak. Zarith terus memeluk erat tubuh Sofea itu. “ Zarith takkan tinggalkan Fea..” kata Zarith dengan perlahan sambil melepaskan pelukannya itu.




      “ Zarith…Zarith dekat mana?..Fea tak nampak..” ujar Sofea sambil mencari Zarith, padahal Zarith berada tepat depan matanya. “ Zarith dekat sini…” katanya sambil memegang tangan Sofea. Sofea tersenyum lalu berkata buat kali terakhir.




      FEA SAYANG ZARITH..”dengan nada yang lemah. Kemudian tubuhnya kaku seperti patung. Air mata Zarith terus mengalir sebaik sahaja dia pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.




        “ usaha aku akhirnya tiba di titik tamatnya, walaupun aku laung sejuta suara sekalipun, dia tidak akan bisa mendengarnya.. Selamat tinggal Fea……….” Desisi hati Zarith yang kian sepi..






THE END
Karya ieza shahira a.k.a aq lah



>>apa akan terjadi dengan kehidupan Zarith selepas Sofea pergi meniggalkannya??...

>>Suzy, Wan, Amir dan Myra??...what happen??... begitu juga Yatt, Dira dan Nad..

Nantikanya semua dlam
MISS PERFECT season 2….



♥ Thanks for reading..luv yaa ♥