Miss Perfect . . .

            

                "Sofea..Fea.."kedengaran suara cik ani memanggil namanya. Dengan lembut dia membalas "ye cik ani.." "sarapan pagi sudah siap, kalau nak turun bawah ye.." . Sofea terus turun untuk menikmati sarapan pagi tu,,



            Selepas menghabiskan sarapan nya tadi, Fea terus bersiap untuk pergi ke sekolah. Kemudiannya, Pak Mat menghantar Sofea pergi ke sekolah dengan menaiki kereta Mercedes nya itu. Itulah dia, Sofea Isabella. Lahir dari keluarga yang berada. Sofea digelar ' MISS PERFECT ' disekolahnya. Tapi mereka tidak tahu, apa Sofea inginkan selama ini.


      
 ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



              "Hye Fea,," tegur Suzyanna kawan baik Sofea. Dia lebih dikenali sebagai Suzy. "Hye Suzy, Myra mana?,,". "Belum sampai lagi,," dia membalas dengan senyuman.



        "Hye Sofea,," Zarith menegur Fea dengan nada yang lembut dan memberikan senyum yang manis. Dia juga dilahirkan didalam keluarga berada "Oh, Hye Zarith..". "Nak tak jalan-jalan dengan saya kejap?..".Tanya Zarith kepada Sofea.



        Sofea terasa pelik dengan tindakan Zarith. Dia tidak tahu untuk memberi jawapan. "Fea, pergi la, kesian Zarith..".Zarith hanya menunggu jawapan Sofea dengan senyuman. Lalu, Sofea menghampiri Zarith dengan penuh pertanyaan dan persoalan. Dalam hatinya berbisik, “apelah yang Zarith nak?..”



                 Melihat langkah Sofea yang sedang menghampirinya, Zarith tersenyum dengan penuh kepuasan.”yes!!..”. Hatinya terasa gembira tak terhingga.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



         "Hmm, Petang ni Fea free tak?..". Sofea terasa pelik dengan soalan yang ditujukan oleh Zarith itu. "free..kenapa Zarith?..".Dia tanya soalan itu dengan perasaan ingin tahu. Zarith tersenyum kerana dapat memikirkan satu idea. "Fea nak tak jalan-jalan dengan Zarith petang ni?..". "Zarith nak bawa Fea jalan-jalan dekat mana?.." kata Sofea.



         "Mana-mana yang Fea nak pergi Zarith bawa.". "Hmm, tak payah la,,".Sofea membalas. Tiba-tiba air muka zarith berubah. "alaa, kenapa?,, Zarith tak buat apa-apa dekat Fea,, Zarith janji akan jaga Fea baik-baik" dia mengangkat tangannya tanda dia janji. Sofea terus ketawa kerana dia sahaja mengenakan Zarith.



        Zarith pelik dengan kelakuan Fea. "Kenapa Fea ketawa?, apa Zarith buat?, seluar Zarith koyak ke?.."bertubi-tubi soalan ditanya. Sofea yang berdiri di sebelah dia terus ketawa. "tak de la, Fea saja-saja je, ok la nanti datang rumah Fea pukul 3 tau..”. “betul ke nie?..”. Sofea menjawab dengan senyuman nya itu. “ye la Cik Zarith..”. Selepas mendengar jawapan Fea, Zarith terus melompat-lompat kegembiraan.



        Sofea hanya tersenyum melihat gelagat Zarith itu. Tanpa disedari, mereka telah diperhatikan oleh 3 orang pelajar perempuan yang busuk hatinya iaitu Yatt, Dira dan Nad. “gediknya Fea tu, menyampah aku tengok..”Yatt meluahkan apa yang dia rasa. Dira dan Nad mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Yatt itu.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



          “Zarith, macam mana sekolah tadi?..”suara lembut Puan Mastura menegur anak lelaki yang baru pulang itu. “ok ma, petang nie Zarith dengan Fea nak jalan-jalan..”. “fea?, Sofea Isabella ye?..”.”Mana mama tahu nama dia?..”. Zarith bertanya dengan pantas. “mama tau la, mama dia best friend mama..”. Zarith tersenyum mendengar kata-kata mamanya itu. 


       
~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



         Tepat pada pukul 3 petang. Kedengaran bunyi loceng rumah Sofea. “Itu mesti Zarith..” katanya seorang diri. Buka sahaja pintu rumah nya, kelihatan seorang lelaki berpakaian t-shirt putih adidas, serta mengenakan jaket hitam dengan seluar jeans. “Hye Fea..” sambil memberikan senyuman.



        Sofea terpaku dengan kecomelan yang ada pada Zarith. “Hye Zarith..”balasnya dengan lembut. “Jom lah kita pergi..”. Ajak Zarith dengan bersungguh-sungguh. Dia hanya balas dengan senyuman.



      ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~


        Sampai sahaja di Pusat membeli-belah. Mereka terus berjalan-jalan. Zarith sentiasa memegang tangan Sofea.”Zarith memegang tanganku seperti benda yang amat berharga baginya..” bisik hati Sofea. Dia hanya tersenyum sendiri.



        Semasa mereka makan di Secret Recipes. Mereka terdengar suara orang bercakap tentang mereka. “awak tengok couple tu, comel je,,bukan macam awak, cubalah sporting sikit,”kata perempuan itu. Lelaki itu pula hanya menjelingkan matanya.”comel la adik berdua ni, harap korang kekal lama ye..” perempuan itu berkata sambil melemparkan senyum. Lalu mereka pun pergi.



       Zarith dan Sofea memandang antara satu sama lain.Zarith tersenyum sambil memandang muka Sofea. Sofea memandang Zarith dengan muka selamba nya.”Apa?..”. Zarith terus memandang muka Fea sambil menongkat dagu nya. Sofea terus ketawa dan memukul lengan Zarith dengan perlahan.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



     Selepas 3 jam bersama. Mereka pulang kerumah masing-masing dengan senyuman diukir. “Zarith..best tak jalan-jalan tadi?..” Puan Mastura menegur anak lelakinya itu. “Best sangat, rasa macam tak nak balik..”.Kata Zarith dengan gembira.



     “Zarith suka Fea ke?..”. Soalan itu ditanya Puan Mastura secara tiba-tiba. Zarith memandang ke arah lain sambil mengukirkan senyuman. Dari senyuman itu, Puan Mastura sudah tahu jawapan anaknya itu. “Kalau Zarith sayang Fea, Zarith jaga dia baik-baik tau, jangan sakitkan hati dia, Fea tak boleh hidup lama..”. Puan Mastura menyedari apa yang dia katakan itu. Dia terus pergi kedapur untuk mengelakkan daripada anaknya itu.



      Air muka Zarith yang tadinya gembira berubah menjadi gelisah. “Tak boleh hidup lama?..apa maksud mama?..”. Zarith bertanya dengan perasaan risau. “Fea sakit Zarith..”. Puan Mastura menjawab dengan perlahan. “Sakit apa?..Fea tak bagitahu Zarith pun?..Mama bagitahu la?..”bertubi-tubi soalan ditanya oleh Zarith.”Kesian Zarith, dia nak sangat tahu, tapi penyakitnya mesti dirahsiakan..”. Bisik hati Puan Mastura.



      Puan Mastura hanya menatap muka anaknya yang dalam kerisauan. Dia berasa serba salah buat ketika itu. “Fea sakit apa?..Kenapa dia tak bagitahu aku?..Apa maksud mama dia tak boleh hidup lama?..”. desis hati Zarith





bersambung........................

=)....
     
        

♥ Thanks for reading..luv yaa ♥