Miss Perfect . . . 3



          "Fea..minggu depan sekolah kita ada buat camping, kau nak pergi tak?.."tanya Myra dengan teruja. "mesti lah pergi.." balas Sofea dengan senyuman. Suzy yang berada disitu terlompat-lompat kegembiraan. Myra dan Sofea hanya tertawa melihat temannya itu.




~ * ~ * ~ * ~ ~ * ~ * ~ * ~ * ~




         "Zarith..kau nak pergi tak camping minggu depan.."soal Wan dengan senyuman. "Kau boleh bawa gitar kau, aku nak dengar juga suara kau tu.."tambah Amir dengan beria-ria.




         "Aku confirm pergi.."senyum Zarith. Amir dan Wan sangat teruja dengan camping yang akan diadakan itu."Hmm guys,kau rasa patut tak aku luahkan perasaan aku masa camping tu?.."tanya Zarith.




       Wan berfikir sebentar dan berkata. “Hmm boleh tak ada masalah..tapi siapa perempuan tu?.."Tanya Wan dengan perasaan ingin tahu. Tanpa teragak-agak dia menjawab "Sofea..."jawabnya pendek.




        "Sofea Isabella??.."kata Amir dan Wan serentak dengan terkejut.Kemudian mereka memandang antara satu sama lain. Zarith memandang mereka dengan pelik. "Kau tahu tak dia tu MISS PERFECT sekolah ni?.."tanya Wan dengan serius. "Aku tahu, hati aku dah suka, nak buat macam mana lagi?.."soalnya balik.




        "Betul juga kata kau, tapi apa pun kau kena cuba lah, aku and Wan sentiasa support kau dari belakang.."kata Amir memberi semangat kepada Zarith. Zarith tersenyum dan memeluk kawan-kawannya itu. "thanks bro..kau la kawan sehidup semati.."kata Zarith.




~ * ~ * ~ * ~ ~ * ~ * ~ * ~ * ~




        Tibanya hari perkhemahan itu, mereka berkumpul didewan sekolah mereka. Kedengaran bunyi kereta memasuki kawasan sekolah. Mata pelajar-pelajar terpaut pada kereta lamborghini murcielago yang baru sahaja berlalu. Semua pelajar terpegun melihat kereta yang berjuta harganya.




       Kemudian pemandunya keluar dari kereta, lalu membuka bonet dan mengambil 2 buah beg yang berisi baju dan keperluan lain. Sofea keluar dari kereta itu dengan beg galas ESPIRIT nya. Pemandu itu kemudiannya, membawa 2 beg itu ke dalam dewan dimana mereka pelajar-pelajar berkumpul.




       “MISS PERFECT dah datang..naik kereta LAMBORGHINI MURCIELAGO pula tu..”jerit salah satu pelajar lelaki yang tidak dikenalinya. Pelajar-pelajar yang berada didalam dewan itu terus memandang kerah Sofea. Ramai pelajara perempuan berasa iri hati terhadap dia.




       “Tahu la kau kaya-raya, tapi jangan lah suka menunjuk..”kata pelajar perempuan yang berdiri berhampiran dengannya. Lalu mereka pun pergi meninggalkan tempat itu dengan rasa cemburu. “aku tak ada niat pun nak menunjuk..”bisik hati Sofea yang sayu itu.





              “Dah la korang, lebih kita pergi tempat lain, aku tak suka la dengan orang yang suka menunjuk-nunjuk ni..”kata Dira dengan nada yang tinggi. Yatt dan Nad hanya tersenyum. “bye-bye MISS PERFECT..” Yatt berkata dengan suaranya yang menggedik itu.




        Zarith yang baru sahaja sampai terus berlari ke arah Sofea yang terduduk dilantai dewan sekolahnya itu. “Sofea..”panggil Zarith dalam keadaan risau. Dia memandang Zarith dengan perlahan. Air mata telah membasahi pipi Sofea. Sofea terus bangun dan menghilangkan dirinya.




       Wan dan Amir yang berada disitu turut berlari ke arah Zarith. “Kenapa Fea nangis?..” tanya Zarith dengan cemas. Amir ceritakan segalanya pada Zarith. Zarith merasa geram dan marah terhadap kelakuan segelintir pelajar-pelajar sekolahnya itu.



~ * ~ * ~ * ~ ~ * ~ * ~ * ~ * ~




       Ketika berada didalam bas, Sofea hanya merenung kearah luar tingkap sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang menghijau itu. Hatinya terasa cukup tenang. Manakala pelajar-pelajar lain hanya ketawa dan tersenyum sepanjang perjalanan ini.




       Setibanya mereka di destinasi. Mereka haruslah berbaris, supaya senang diatur. “Perhatian..kamu semua dikehendaki membahagikan ahli kumpulan masing-masing, 1 kumpulan sekurang-kurangnya harus mempunyai 6 orang ahli kumpulan..”terang Cikgu Aziz dengan jelas sambil memandang ke arah semua pelajar sekolahnya.




       “6 orang..”Amir berkata dengan senyuman sambil menaikkan keningnya. “aku, kau, Zarith, Suzy, Myra and Sofea?..”balas Wan. “you read my mind..”kata Amir sambil ketawa. Mereka ketawa dengan kuat hingga Cikgu Aziz menegur.




      “Kamu semua kenapa?..”tanya Cikgu Aziz. “kitaorang nampak monyet cikgu, muka dia iras muka kawan saya masa tadika..comel..”balas Wan dengan selamba. Zarith dan Amir hanya ketawa kecil. Cikgu Aziz hanya menggeleng dan melangkah pergi.




~ * ~ * ~ * ~ ~ * ~ * ~ * ~ * ~




       Selepas membahagikan kumpulan. Setiap kumpulan diberi sehelai kain putih yang agak lebar dan warna air. “ok, kamu dikehendaki membuat banner group kamu, lukis lah apa yang kamu nak lukis, yang paling penting, group kamu itu mesti ada nama sekolah ye..”arah Cikgu Aziz dengan selamba.




      “nama group ni apa?..”tanya Suzy. “entah, yang pastinya mesti ada nama sekolah..”tambah Wan. “nama sekolah kita apa?..”Amir berkata sambil menongkat dagunya. Tiba-tiba satu ketukan hinggap di kepala Amir. “adoi..sakitlah..”kata Amir sambil meggosok kepalanya.




      “Kau sekolah mana, nama sekolah sendiri pun tak ingat, nama perempuan ingat pula..”bebel Wan seperti nenek kebayan di dalam cerita Puteri Gunung Ledang. Mereka semua tertawa dengan karenah Amir dan Wan seperti budak kecil.




      “ok,,ok,, so nama group ni Laksamana Generation?..”tanya Sofea sambil menggigit pen dengan perlahan. Mereka pandang antara satu sama lain sambil tersenyum. “ok..”jawab mereka pendek. Lalu mereka membuat kerja masing-masing. Zarith, Wan dan Amir lukis diatas kain putih yang disediakan itu, Suzy, Myra dan Sofea pula mewarnakannya.




      Semasa membuat tugasan itu, mereka membuka lagu ‘Baby’ nyanyian Justin Bieber. Zarith, Wan dan Amir menyanyi sambil menari dengan rentak lagu itu. Sofea, Myra dan Suzy pula tertawa melihat gaya Zarith dan yang lain menari.




       Cikgu Aziz melihat gelagat kumpulan itu dengan senyum dibibir. Dia melangkah kearah kumpulan tersebut dengan segera untuk melihat tugasan yang dia beri. “Wah, Laksamana Generation..bagus, bagus..”puji Cikgu Aziz sambil melihat melihat Sofea dan kawan-kawannya mewarna.




      “Tengok lah siapa yang lukis..”kata Zarith dengan bangga. “eh..sorry sikit, kitaorang yang mencantikkan lukisan korang yang tak berapa nak cantik ni..”balas Sofea sambil tertawa. “Amboi, amboi, amboi..happy heart mummy daddy you je nak cakap macam tu..”balas Wan dengan suara yang berlainan.




      Mereka terus ketawa mendengar suara Wan yang ala-ala ‘mak nyah’ itu. Cikgu Aziz juga tertawa melihat anak muridnya itu.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ 




      Malam itu, mereka dikehendaki tidur awal kerana keesokan harinya, mereka akan mengadakan aktiviti. Sofea tidak dapat melelapkan matanya. Lalu dia bercadang untuk pergi ke arah bukit diatas sana. Terdapat laut di belakang tempat mereka beradu itu.




     Sofea terus pergi ke cerun bukit itu lalu memandang kearah laut yang luas itu.“cantiknya pemandang ni..”katanya seorang diri. Dia memandang kebawah. Kelihatan ombak yang kuat menghempas ke batu-batu di laut itu.





     Sementara itu, Zarith sedang berkeliaran di belakang asrama tersebut. Dia memandang kebawah sambil menyuluh menggunakan lampu suluh. “Manalah rantai aku tadi..”katanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.




      Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis,memakai gaun putih yang berdiri cerun bukit itu. “siapa tu?..buat apa dekat sini?..tengah malam pula tu..”hati Zarith tertanya-tanya. “Hantu ke orang tu?..”kata dirinya. 




          Kedengaran bunyi anjing menyalak ditambah pula dengan tiupan angin malam yang sayu itu. Meremang bula roma Zarith, situasi ini memang benar menakutkan dia. Dia memeluk tubuhnya kerana ketakutan.




      Zarith memberanikan dirinya menghampiri gadis itu. Dia menelan air liurnya sambil menyuluh ke arah gadis itu.Dia meneruskan langkahnya dengan perlahan, Zarith bertambah terkejut kerana dia kenal tahu siapa gadis itu.




      Tubuhnya kecil molek, rambutnya lurus. Zarith terlihat gelang kaki gadis itu,gelang itu amat dikenalinya.Tiba-tiba sofea bermain-main difikirannya. Gadis itu melangkah kehadapan dengan perlahan sambil mendepangkan tangannya. “Fea!..”jerit Zarith dengan cemas.




bersambung....

=)....

>>apa yang akn terjadi pada Fea?..

>>Zarith sempat tak nak selamatkan Fea??

wait 4 the next 1 k........

      

♥ Thanks for reading..luv yaa ♥