Miss Perfect . . . 2


             
           Malam itu, Zarith bertanya kepada Puan Mastura tentang perkara itu. Puan Mastura terpaksa
 memberitahu kisah hidup Sofea. Zarith tersentuh mendengar cerita tersebut. Tanpa disedari, air matanya
 mengalir membasahi pipinya.



            "Ya allah..selama ini aku ingatkan, dia hidup senang dengan kekayaan, kecantikan dan kepandaian yang dimiliki tetapi sebaliknya dia terpaksa menanggung derita.." desis hatinya.



            Puan Mastura mengelap air mata Zarith lalu memeluk anaknya itu sambil mengusap rambutnya. Dia dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh Zarith kerana dia juga pernah melaluinya dahulu.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



          Pada pagi yang indah itu, Zarith hanya termenung dimejanya. "Oit!..termenung je?.."Amir menyapa Zarith. Dia hanya berdiam tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. "Kau kenapa?..ada masalah?..cerita lah sikit?.."tanya Wan dengan risau.



         Zarith mengeluh. "Apa korang rasa bila benda yang korang sayang tu akan hilang?..". Amir dan Wan terpaku mendengar soalan yang ditanya oleh Zarith. "Hmm kalau Deeba hilang, aku rasa sedih lah dah tak dapat nak peluk dia lagi.." terang Wan kepada Zarith.



        "Siapa girlfriend kau?..tak bagitahu aku pulak tu..".Tanya Amir dengan mengusik. Zarith tersenyum. "ada la, mana boleh bagitahu korang, nanti korang rampas, aku yang susah.." Zarith balas dengan bangga.



         Kemudian mereka ketawa bersama-sama. Tiba-tiba Yatt, Dira dan Nad datang ditempat mereka. "Hye Zarith.." Nad menegur Zarith dengan suaranya yang menggoda itu. Yatt dan Dira pula memberikan senyuman yang seksi kepada Amir dan Wan.



         "Seram aku tengok dia senyum.."bisik Amir kepada Wan. "betul tu, monyet dekat belakang sekolah lagi comel.."balas Wan dengan selamba. Zarith hanya senyum melihat gelagat rakan-rakannya itu.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ *~



          "Guys!!..aku ada cerita hot..pasal Zarith..".Dira memberitahu dengan tergesa-gesa. "Apa dia, aku dah tak sabar ni.." kata Yatt sambil melompat-lompat. "Semalam aku nampak Zarith and Sofea jalan-jalan, sambil pegang tangan pulak tu.."cerita Dira dengan penuh perasaan.



           "What!!??...Sofea and Zarith??...macam langit dengan bumi tahu tak?..". Nad memberitahu isi hatinya. Dira hanya mengangguk dengan kata-katanya tadi. Tiba-tiba, Nad mendapat satu idea untuk menjatuhkan Sofea.



           Nad terus memberitahu rancangannya yang jahat itu. Yatt dan Dira hanya tersenyum mendengar rancangannya. "Betul ke dia ada penyakit tu??.." tanya Yatt dengan rasa kurang pasti. "Betul la, aku sepupu dia, aku tahu la, hari-hari telan ubat.." Dengan gembira dia beritahu Yatt dan Dira.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



       Selepas sahaja loceng sekolah berbunyi. Mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Sampai sahaja dirumah. Sofea terus pergi kebiliknya. Masuk sahaja di biliknya, seperti biasa, ubat-ubatnya dan air telah disediakan. Sofea mengeluh sambil berjalan ke arah tempat ubat itu.



      "Aku suka Zarith ke??..hmm...tak la..aku tak suka sesiapa..ingat la sikit Fea, kau tu tak boleh hidup lama..jangan nak mengada-ngada bercinta.."Sofea bercakap dengan dirinya sendiri. Dia mengambil 4 biji ubat dan menelan nya. Selepas itu dia minum air yang disediakan itu.



       Rasa pahitnya tak terhingga. Sofea tidak mahu makan ubat-ubat itu tetapi dia terpaksa. Jika dia tidak makan ubat itu, dia akan terasa lemah dan tidak berdaya. "Fea dah makan ubat?.."tegur Cik Ani dengan lembut dari muka pintu itu. "sudah Cik Ani..Hmm, mama dan papa dah balik?.."tanya Sofea.



         "Tadi ada balik sekejap, kemudia mereka keluar balik.."balas Cik Ani. Sofea mengeluh. "Oh..ok..". Cik Ani terus melangkah pergi. Dia baring dikatilnya sambil menangis. Dia teringin hidup seperti orang-orang lain. Sofea merasakan dirinya ganjil dan lain daripada kawan-kawannya yang lain.



        Tiba-tiba telefon bimbit Sofea berbunyi. Dia melihat skrin telefonnya itu, tertera nama Zarith di skrin itu."Hello..". "Hye Fea, Fea tengah buat apa?..".soal Zarith. "Tak buat apa-apa, bosan gila.." balas Sofea.



         Lalu Zarith mengajak Sofea pergi kerumahnya. 5 minit kemudian, Zarith sudah terpacak dihadapan pintu rumah Sofea untuk membawa dia ke rumah. Dari jauh Zarith melambaikan tangannya pada dia. Sofea terus melemparkan senyuman manis nya itu.



         ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~  


   
        Sampai sahaja dirumah Zarith. Sofea disambut oleh Puan Mastura iaitu ibu Zarith. "Hye Fea..Lama tak jumpa?..". tegur Puan Mastura. Sofea melemparkan senyuman."Hye aunty..uncle kerja ke?..".Sofea 
meramahkan mulutnya."Ye Fea, Zarith bawa la Fea masuk bilik..". "Bilik?.." Zarith bertanya dengan cemas.



        "Yela,,kenapa?.."tanya Puan Mastura. Zarith bisik ke telinga ibunya tentang hal itu. Lalu dia berlari masuk kebiliknya. Sofea memandang pelik terhadap kelakuan Zarith.



       "Tak kemas bilik lagi..Fea pergi naik dulu la..aunty nak kedapur sekejap.."beritahunya. Sofea hanya senyum dan terus naik ke bilik Zarith yang bersepah itu.



       Sofea mengetuk pintu bilik Zarith."Zarith!,,dah ke belum?.."tanya dia. "Kejap lagi.."balas Zarith. Dia pun bersandar di pintu bilik Zarith itu. Tiba-tiba pintu itu dibuka, Sofea terjatuh kebelakang. Nasib nya baik kerana Zarith sempat menyambut Sofea dari belakang.



      "Zarith nie..."sambil memukul tangan Zarith. "Siapa suruh Fea sandar dekat sini?.."balas Zarith. Sofea memandang Zarith dengan muka selambanya."omg..comelnya,,nak je cubit pipi Fea yang tembam ni..tapi aku masih waras.."bisik hati Zarith.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



        Sofea melihat sekeliling biliknya.”Kemasnya, tak macam bilik budak lelaki lain..”.desis hatinya. Tiba-tiba Sofea terpandang gitar yang disandarkan disudut bilik Zarith. ”Zarith pandai main gitar?..”Sofea menanyakan soalan itu. Dia tersenyum lalu menjawab “Ye, Fea pandai main juga kan..”.soalnya balik. “Tak lah, tapi fea teringin nak main..”Balas Sofea dengan lembut.



        “Kalau aku ajar Fea main gitar, selalu la aku lepak dengan dia, mesti best gila..” Zarith terfikir. “Fean nak Zarith ajarkan?..” Zarith memandang tepat kearah Sofea. Dia tersenyum, lalu menganggukkan kepalanya. 



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



        Zarith mengambil gitar untuk Sofea dan mereka mula belajar. Zarith begitu tekun mengajar Sofea. Tanpa disedari, gelagat mereka di perhatikan oleh Puan Mastura dari pintu biliknya bersama Cik Lan, orang gaji dirumahnya. “Comelnya mereka berdua..”kata Puan Mastura. “Memang betul tu puan..”balas Cik Lan dengan senyuman.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



         “Zarith pandai main lagu apa?..”tanya Fea. “Fea nak Zarith main lagu apa?..”soalnya balik.Sofea memandang kearah lain dan berfikir.”Hmm tak kisah lagu apa,tapi Zarith kena nyanyi..”tanya Zarith sambil mengukirkan senyuman.



      “Hmm,ok la,lagu ni special Zarith nyanyikan untuk Fea ok, lagu ku ingin kamu..” lalu Zarith pun mulakan nyanyian nya. Dia menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan. Sofea terpaku dengan nyanyian nya.”Suaranya amat merdu, kenalah dengan wajahnya yang comel..”bisik hati Sofea.



        “Ok tak Fea?..”Zarith menyuruh Fea berikan sedikit komen. “ok??...best gila Zarith tahu tak..suara Zarith sedap sangat..”Sofea memujinya dengan ikhlas. Zarith senyum hingga ke telinga bila mendengar pujian fari Sofea itu.



       “Kalaulah dia tahu lagu ni khas untuk dia, kalaulah dia tahu betapa ikhlasnya sayang aku terhadap dia, kalaulah dia tahu macam mana aku rasa bila dia dah tak ada nanti…”desis hati Zarith.



~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~



           Puan Mastura menjemput Sofea untuk makan malam bersama mereka. Sofea tidak ingin mengecilkan hati Puan Mastura, lalu dia pun bersetuju. Mereka berborak tentang hal sekolah, dan banyak lagi.



       “Bahagianya hidup Zarith, cukup dengan kasih sayang, bukan sekadar kekayaan..”bisik hati Sofea yang sepi itu. Selepas habis menikmati makan malam itu, Zarith menemani Sofea pulang, sampai sahaja dipintu rumah Sofea.



       “Bye Zarith, jumpa esok..”.kata Sofea. “Bye…hmm, Fea..”Zarith memanggil Sofea. Sofea memandang ke belakang “apa?..”. Zarith memandang muka Sofea dan berkata,”tak ada apa-apa lah, jumpa esok..” Zarith terus melangkah pergi.



     “Apa Zarith nak cakap?..macam sesuatu yang penting tapi…”desis hati Sofea.   
   



bersambung........

=)......  

♥ Thanks for reading..luv yaa ♥