Because Of You....2


Suasana kecoh di blok pelajar tingkatan 1, telah memecahkan kesunyian pagi itu. Kebanyakkan daripada mereka, berasa teruja apabila menjejaki ke alam sekolah menengah. Sementara menunggu Zulaikha hadir ke sekolah, Firdza dan Fasha bersandar di balkoni kelas mereka, memang segar udara pagi itu.


" hye Fasha and Firdza..termenung jauh nampak.." suara itu bagai menyedarkan mereka dari lamunan. Dengan perlahan dia menoleh kebelakang. " eh Eyyad..tak de la..jauh kau merantau ye.." balas Firdza sambil memandang ke arah blok tingkatan 4 yang berada dibahagian belakang. 


Blok tersebut agak jauh daripada blok kelasnya." pagi-pagi cam nie..aku suka excercise.." balasnya kembali. Fasha hanya tersenyum mendengar penjelasan dari mulut Eyyad, entah betul atau tidak.


" hmm..nanti masa balik..aku nak jumpa korang kejap boleh??aku nak tanya something.." Eyyad memecahkan suasana sepi itu. "hmm..ok lah..tunggu aku kat gate A.." jawab Fasha ringkas. Bunyi loceng sekolah telah berbunyi. Dengan segera pelajar-pelajar melangkah ke kelas masing-masing, termasuk Eyyad. “ ok lah FiFa..balik nanti jangan lupa tau..” balasnya.


“ FiFa??..” serentak mereka berkata. Masing-masing tertawa mendengar gelaran yang diberi itu.“ penting sangat ke??..” desis hati Firdza, semasa melangkah masuk ke kelasnya.


******


Tamat sahaja waktu rehat, mereka bertiga balik ke kelasnya. Dalam perjalanan balik itu, mereka terserempak dengan Hidayah dan rakan-rakannya yang lain. Sepantas kilat Hidayah memalingkan wajahnya ke arah lain, bagi mengelakkan melihat Firdza.


Firdza memandangnya pelik, “ aku ada buat salah ke??..” mengalihkan pandangannya kepada Fasha dan Zulaikha. “ dia takut dengan kau kut..” Zulaikha membalas. “ aku ni bukannya singa..apa seyh..buat apa nak takut..” Firdza menggelengkan kepalanya. Fasha hanya menjongketkan bahunya.


******


1.10 petang, waktu yang dinantikan oleh pelajar-pelajar untuk pulang ke rumah. Dari jauh, Firdza dapat lihat Eyyad yang setia menunggunya di gate A. Dia melangkah pergi ke arah Eyyad dengan penuh tanda tanya. “ hmm Eyyad..ape yang kau nak tanye??..” kata Fasha sebaik sahaja sampai di hadapan Eyyad.


“ duduk dekat sana jom..aku nak tanya banyak nie..”cadang Eyyad, jari telunjuknya menunjuk ke arah pondok di atas sana. Tanpa banyak soal, Firdza dan Fasha mengikut Eyyad ke sana. “ hmm..aku nak tanya pasal Zulaikha..”. “ kenapa dengan Zulaikha??..” pantas Fasha menyoalnya balik. “ dia tu single eh??..” Eyyad membalas.


" single as usual..kenapa??..kau nak isi tempat kosong.." perli Firdza sambil menumpukan perhatiannya kepada Eyyad yang tersipu-sipu malu itu." hmm..entah la..tapi aku takut 1 benda je.." keluhnya. " benda apa??.." soal mereka, hampir berkerut dahi. " aku takut kalau aku kena tinggal..aku disakiti lagi..aku tak sanggup la.." jelas Eyyad.."


“ kau nie..jangan samakan ex kau..dengan Zulaikha..jauh beza..Zulaikha bukan macam..” terang Firdza kepada Eyyad. “ hmm entah..aku dah kena tipu banyak kali..rasa macam serik nak couple2 lagi..” keluhnya. Fasha memandang tepat ke arah Eyyad, dengan reaksi yang pelik. “ kenapa??..” tanya Eyyad yang kebinggungan. “ orang macam kau kena tipu??..wa lau wey..” Firdza membalas pertanyaan Eyyad, sambil menongkat dagunya. “ aku ni manusia biasa..nothing special..” balasnya, merendah diri.


“ gaye kau kan ala-ala Justin Bieber, tak kan ex kau sanggup tipu kau??..tak dapat JB..dapat kau pun kire ok gak..” jelas Firdza selamba. Tergelak Eyyad dibuatnya. “ kenapa ketawe??..untung ape??..” balas Fasha. “ Justin Bieber??..tak ade orang lain ke dalam dunia nie??..comel ke??..” Eyyad balas membuat mimik muka yang agak comel.


Firdza dan Fasha memandang antara satu sama lain. “ boleh lah!!..” balas mereka serentak. “ back to the story..so kau nak ape dari Zulaikha..” Fasha bertanya. “ aku rasa aku suka dia..” tanpa rasa malu dia membalas. Terlopong mulut Fasha dan Firdza mendengarnya.


“ kau serious??..” tanya Firdza. Eyyad mengangukkan kepalanya. “ kau kena janji 1 benda je dengan kitaorang..”. “ apa die??..” dengan pantas dia membalas. “ jangan main-mainkan dia..” Firdza menyatakan syaratnya.


******


Keesokkan harinya, Firdza dan Fasha bercadang untuk menanyakan perkara tersebut kepada Zulaikha. “ hmm Zulaikha.. sekarang ni kau dah form 3..kau tak nak ke BF..kan bagus kalau kau dapat yang setia macam Pasha..” jelas Fasha panjang lebar.


“ hmm..tahun nie PMR..aku nak concentrate..” jawapan yang paling ringkas diberi. “ tak semestinya..Fasha boleh..kau pun mesti boleh..” balas Firdza, menyokong kata-kata Fasha. “ tak apa lah..aku tak nak amik risiko..” jelas Zulaikha. “ kenapa diaorang tanya pasal nie..ade something yang aku tak tahu ke??..” desis hati Zulaikha yang tertanya-tanya itu.


******


Pada waktu rehat, Eyyad terserempak dengan Firdza semasa menuju ke kantin. Semasa itu, Firdza baru sahaja hendak melangkah kaki ke kantin. “ Firdza..” suara itu telah memberhentikan langkah Firdza ke kantin, lalu dia toleh ke kanan. Kelihatan Eyyad sedang memberi isyarat kepadanya untuk kesana.


“ ye..ada ape??..”. “ hmm..macam mana tadi??..dia cakap ape??..dia ade syak something tak??..” bertubi-tubi soalan diberi oleh Eyyad. Tergelak kecil melihat kesangsian Eyyad. “ sabar boleh tak..ish2..hmm…dia cakap tahun nie nak PMR..dia nak concentrate..and dia tak nak amik risiko kalau kena tinggal..” jelas Firdza.


“ BTW..Zulaikha bukan jenis yang suke couple2 nie…boleh dikatakan dia dalam ketagori “ perempuan melayu terakhir”..” tambah Firdza. “ hmm..susah lah macam nie..tapi aku ikhlas..” balas Eyyad. “ ala..lelaki semuanya sama..suka ambil..tak suka..buang..hmm..” terangnya.


“ tak semua lelaki..aku tak macam tu..” Eyyad berharap agar Firdza mempercayai kata-katanya. “ hmm..kau kena buktikan yang tak semua lelaki sama…”. “ ok..fine..aku akan buktikannya..” balas Eyyad dengan yakin. Firdza tersenyum lalu meminta izin, untuk pergi ke kantin.


******


Sampai sahaja dikantin, matanya melilau mencari Fasha dan Zulaikha. Akhirnya, dia pergi ke arah rakanya itu. “ oit..asal lama sangat??..” Zulaikha menyapanya. “ sorry-sorry..justin bieber jumpa aku kejap..ada hal tadi..” balas Firdza sambil melabuhkan punggungnya disebelah Fasha.


“ amboi..mentang-mentang lah dah ada justin kat sekolah..kau lupa kitaorang..” balas Fasha dengan nada yang sedih. Zulaikha dan Firdza tertawa, kerana mereka tahu itu hanya satu lakonan dari Fasha. “ friends comes first..” tambah Firdza.


******


Tepat jam 1.10 petang, Firdza bersama 3 orang lagi rakannya , duduk menunggu ketibaan ayah Firdza, untuk menjemput mereka dari sekolah. “ Firdza..lama tak cakap dengan kau..” suara Farhan yang agak kuat ikut, membuatkan Firdza terkejut. “ kau nie..tak reti bagi salam ke??..kalau aku ada sakit jantung..dah lama aku mati kat sini..” bebel Firdza. Siti, Diana dan Fiqah tertawa besar melihat rakan mereka.


“ yela..sorry ye..hmm..semenjak Eyyad masuk sekolah ni..kau happy semacam jewk..” keluh Farhan. “ gila tak happy??!!..” kata-kata itu diakhiri dengan tawanya. “ tak de la..aku happy coz dah lama aku tak nampak muka tak boleh blah kembar tu..” tambah Firdza.


“ Farhan..kau tolong tengok-tengok kan Luqman eh??..aku takut la..” sampuk Siti. “ kau jangan risau lah..aku perhatikan dia 100%..” balas Farhan. “ hmm..betul..betul..betul..” seperti Upin & Ipin. =).


******


Firdza berdiri dihadapan cermin biliknya. Dia merenung jauh kedalam cermin tersebut. Tanpa dia duga, dia teringat pada Asyraf. “ aik??..apesal aku teringat kat die??..tak de angin..tak de ribut..tiba-tiba je..haish..tak kan rindu kut..” dia bermonolog sambil menampar-nampar pipinya.


Sedang dia melangkah pergi dari cermin itu, telefon rumahnya berdering. Mahu tak mahu dia terpaksa menjawab panggilan tersebut. Dia cukup benci menjawab panggilan yang tidak dikenali, dia berharap sangat, agar tuan yang membuat panggilan itu rakannya.


“ hello Firdza..nie aku Fasha..Eyyad jumpa kau tadi ada ape??..” tergesa-gesa Fasha menanyakan soalan itu. Firdza tersenyum. “ hmm..dia cakap la cam mane reaksi Zulaikha..and then aku bagitahu lah..” terangnya. “ so??..Eyyad cakap ape??..suka??..marah??..sedih??..gila??..” bertubi-tubi soalan diajukan.


Firdza tertawa dengan cara Fasha respon terhadap jawapannya tadi. “ Fasha2..esok kat kelas aku bagitahu kau..” balas Firdza. “ alaaa…sekarang tak boleh ke??..” keluh Fasha. “ nanti habis kredit kau..kesian Pasha kau nanti..” ajuk Firdza. Akhirnya Fasha mengalah. “ yela-yela..see you tomorrow..datang awal tw..ok lah..bye..” Fasha mematikan panggilan tersebut. Firdza pula meletakkan semula telefon rumah, ke tempat asalnya.


******


Kesokkan harinya, Zulaikha tidak hadir kesekolah. Masa inilah yang digunakan oleh Fasha dan Firdza untuk berurusan dengan Eyyad. Kebetulan pada hari itu pelajar kelas mereka dan pelajar tingkatan 4 dikehendaki membersihkan dewan, untuk kegunaan nanti.


“ amboi..tak sangka aku FiFa nie rajin..” Fasha dan Firdza yang ketika itu sedang menyapu lantai, berpaling kepadanya. “FYI..kitaorang memang rajin..bukan macam kau..harap dapat makan & minum free je..” Fasha membalas. Firdza tertawa kecil mendengar kata-kata Fasha.


Eyyad menggelengkan kepalanya. “ hmm..Eyyad rehat nanti kita bincang pasal Zulaikha tau..” kata Firdza selepas menghabiskan kerjanya. Eyyad mengangguk lalu, mereka bertiga melangkah pergi kedewan berdekatan blok tingkatan 3. Guru besar hendak memberikan sedikit taklimat sebelum mereka semua dilepaskan untuk rehat.


~~~~~


“ ok semua..sila duduk dahulu ye..tuan pengetua nak beri sedikit taklimat..” Cikgu Hana berkata. “ alaaaaaaaaaaaaaa……” keluhan yang panjang dibalas oleh pelajar-pelajar itu. Tersenyum Cikgu Hana melihat reaksi pelajar-pelajarnya.


Dengan perut yang lapar, mereka terpaksa mendengar taklimat tersebut. Tetapi taklimat yang disampaikan oleh guru besar itu bagaikan angin yang berlalu. Masing-masing memikirkan makanan yang dihidangkan dikantin.


******


Sampai sahaja dikantin, mereka terus membeli makanan yang dihidang kan. Firdza mengambil keputusan untuk membeli mee goreng, dan air sirap limau sebagai minuman. Dengan berhati-hati dia membawa makanan itu, ke tempat duduk mereka.


Baru sahaja dia duduk di bangku itu, “ first time aku nampak dia makan..” Fasha berkata kepada Eyyad yang berada di sebelah hadapan. “ first time??..” terbeliak mata Eyyad. “ mana ade..cerita tipu ni…aku nak makan but kenyang lagi..” terangnya.“ eleh..” pendek jawap Fasha lalu, menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulutnya.


Selesai sahaja mengisi perut, mereka berbincang tentang Zulaikha. “ hmm so..ape cerita??..” Eyyad memulakan perbualan. “ biar aku recap ok…hari tu kau cakap kau ikhlas..aku balas lelaki semuanya sama..main pakai buang..dia cakap tak semua lelaki..dia jenis yang setia..and then aku cakap lah..suruh dia buktikan keIKHLASan and keSETIAan dia..” jelas Firdza panjang lebar.


“ hmm so apa bukti kau??..” tanya Fasha seperti seorang seorang polis yang sedang menjejak penjenayah. “ hmm..korang nak aku layan dia 24 jam??..” balas Eyyad sambil meneguk air milo ais didepannya. “ kalau kau ikhlas..why not??..” Firdza membalas kata-kata Eyyad. 


Tanpa ragu-ragu, Eyyad membalas kembali. “ ok..aku betul-betul ikhlas..so aku buat..tak kira la..betapa kerasnya hati Zulaikha..aku tetap akan cuba..”. Hampir tercabut jantung Firdza dari badannya mendengar penjelasan itu. Fasha pula terkebil-kebil di hadapan Eyyad. Masing-masing sukar mempercayai Eyyad.


“ o..ok..” gagap Fasha. Kemudian mereka terus membincangkan tentang hal ini, masing-masing memberikan pendapat. Eyyad kelihatan bersungguh-sungguh untuk menyayangi Zulaikha. “ mamat nie ikhlas or buat-buat ikhlas??..hmm..nevermind lah..” tiba-tiba terdetik hati Firdza.


Tidak sampai lima minit, mereka dikehendaki berkumpul semula didewan. Kemudian mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Firdza bernasib baik kerana Fasha dan Eyyad turut berada di dalam kumpulannya. Selang beberapa nama mereka, nama seorang makhluk tuhan itu terpapar. Jika tadi dia tersenyum gembira, mungkin sekarang senyumnya tiada seri.


******


Fasha dan Firdza sedang duduk berbual di dalam kumpulannya. “ hye korang..kitaorang join boleh??..” satu suara menyapa mereka dari belakang. Dengan perlahan mereka menoleh kebelakang. “ eh Eyyad…duduk lah..” balas Fasha. Eyyad bukan keseorangan. Dia datang bersama Asyraf dan Arshad.


Mahu tidak mahu, Firdza terpaksa membiarkan mereka duduk bersama. “ Baru beberapa hari kau sekolah kat sini..dah rapat dengan diaorang ek??..dasyat betul..” Fasha memulakan perbualan itu. “ aku dah lama kenal diaorang..sejak baby lagi..” balas Eyyad. “ baby??..” Firdza tertanya-tanya. Eyyad hanya mengangguk. “ dia cousin kita lah..” tiba-tiba Asyraf bersuara.


Hampir terkeluar biji mata Firdza mendengar keterangan itu. “ Eyyad dengan Asyraf cousin eh??..ye ke??..aku tengah mimpi ke nie??..” desis hati Firdza.

**bersambung**

huu...ep 2 da siap...haha...worst than ep 1...=P...mkin poy0 cter yg aq tlis....XD


♥ Thanks for reading..luv yaa ♥