Because Of You....3

Lagu ' Baby ' nyanyian Justin Bieber langsung tidak Firdza endahkan. Di dalam fikirannya, dia hanya memikirkan perkara yang terjadi di sekolahnya. " cousin??..diaorang cousin??..ye ke??.. harap-harap la perangai tak sama.. ke Asyraf saje-saje nak tipu aku??.." Firdza bercakap dengan dirinya sendiri.


Dia terus duduk di meja belajarnya, lalu membuka laptop kesayangannya itu. Seperti dia akan pergi ke laman web facebook, my space, dan blog. Dia sedikit pun tidak bosan menatap perkara yang sama setiap hari.


******


Mulai daripada hari itu, Eyyad terus merapatkan dirinya dengan Zulaikha.Hari demi hari,dia cuba, namun hati Zulaikha tetap berkeras. “ hmm..kalau dia berterusan macam ni..susah lah..” keluh Eyyad dalam hati.


“ krriiiinnnggg…” loceng sekolah berbunyi, dalam waktu yang sama pelajar-pelajar melangkah ke kantin. 
Semasa Firdza, Fasha dan Zulaikha melangkah ke kantin, tiba-tiba bola mata Firdza terpandang ke arah mereka. Mereka yang dimaksudkan itu adalah Eyyad, Asyraf dan Arshad.


Hati Firdza terdetik untuk mengekori mereka bertiga. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. “ Fasha..aku nak pergi tandas kejap..korang terus pergi kelas lah..tak payah tunggu aku..” kata Firdza lalu pergi. Firdza terus mengekori mereka ke bahagian belakang sekolah.


Mereka berkumpul didalam kelas, kawasan disitu agak sunyi, Firdza cuba menghampiri mereka, tanpa sesiapa sedar yang ada orang sedang memerhatikan mereka.


******


“ Asyraf..aku rasa macam susah lah nak usha minah tu..” kata Eyyad sambil menyandarkan dirinya ke dinding tersebut. “ aik..kau tak usaha..mana kau nak dapat..” balas Arshad. “ hmm..kalau aku tarik balik bet tu..boleh??..” Eyyad mengalihkan pandangan pada Arshad.


“ kalau macam tu..aku beritahu satu sekolah pasal rahsia kau..nak??..” hampir terkeluar biji mata Eyyad mendengar penjelasan itu. “ weyh tolong la bro..kita kan cousin..so buat apa nka bet macam ni..yang pasal rahsia aku tu..keep it a secret la..tak payah nak beritahu satu sekolah..” pinta Eyyad.


Semasa khusyuk mendengar perbualan mereka, Firdza tertolak pintu kelas itu, menyebabkan ia berbunyi. “ OMG…mampus aku..” desis hati Firdza, lalu dia kelam kabut berlari dari situ. “ Firdza??!!..” Eyyad berkata . Tanpa banyak soal, mereka mengejar Firdza. 


“ eei..tak ade kerja ke nak kejar budak perempuan..” Firdza bercakap dengan dirinya sendiri, semasa melarikan dirinya. Akhirnya Eyyad dapat menhalang Firdza daripada pergi ke kelasnya. Begitu juga Asyraf dan Arshad.


*******


Di blok lama satu tingkat itu, Firdza dikepung oleh 3 orang lelaki..=.=’.. “ korang nak ape??..” tegas Firdza. “ kau dengar perbualan kitaorang eh??..” Eyyad membalas. “ yup..kenapa??..ada masalah??..” dengan selamba dia menjawab.


“ mestilah ada masalah..perbualan tu rahsia antara kitaorang tau..” Asyraf bersuara. Firdza menggelengkan kepalanya. “ hmm..ape lah korang nie??..tak ada kerja lain ke??..tak habis-habis bet..kalau bet biasa je..aku tak kisah..nie taruhan dia perempuan..dah lah perempuan..kawan aku pulak tu..lelaki semuanya sama..kaki perempuan...menyesal aku percaya kan kau..” Firdza meninggikan suaranya.


Perasaan geram dan marah yang membuak-buak didadanya, telah menghalang dirinya untuk bersopan didepan mereka. Tergamam ketiga-tiga lelaki tersebut, tidak menyagka gadis seperti Firdza akan bertindak sebegitu. Firdza memberikan jelingan mautnya lalu melangkah pergi. Beberapa langkah selepas itu, namanya di panggil oleh Eyyad. Mahu tidak mahu dia terpaksa menoleh kebelakang.


Satu renungan yang tajam dibalas oleh Firdza. “ jangan beritahu siapa-siapa tau..” pinta Eyyad. “ whatever..” balas Firdza pendek lalu pergi dari situ.


*******


Pelajar-pelajar daripada kelas sebelah memasuki kelas mereka. Itu maknanya sudah tiba waktu Agama. Tapi pada hari itu, Ustaz yang mengajar tidak hadir. Lalu mereka membuat hal masing-masing, tanpa membuat bising. Kerana takut mengganggu kelas-kelas lain untuk belajar.


“ Firdza..kau ok tak??..sejak rehat tadi kau macam lain je??..” Fasha menegur Firdza. “ hmm..kau nak tau??..ajak Zulaikha sekali..” balas Firdza lalu, mereka bertiga duduk di meja, bahagian belakang kelas itu. “ so??..” Zulaikha menantikan ceritanya.


Firdza menarik nafas yang panjang lalu memulakan ceritanya. “ nie semuanya tipu....kembar tu dengan Eyyad punya bet..and Zulaikha sebagai taruhan dia..” terang Firdza. Terlopong mulut mereka mendengarnya. “ mana kau tahu??..” dengan perasaan ingin tahu, dia bertanya.


“ hmm..tadi masa rehatkan aku cakap aku nak pergi tandas kan??..sebenarnya aku pergi ikut diaorang…dekat kelas satu tingkat..diaorang bincang pasal benda nie lah..aku dengar je..and then bila dapat tahu, aku ade dekat situ, diaorang kejar aku..” panjang lebar Firdza memberi keterangan.


Tertawa kecil mereka dibuatnya. “ hmm..nasib baik aku tak suka dia..” balas Zulaikha. “ kalau kau yang kena..habis lah kau Firdza..dah la kau minat gila dengan justin bieber..and then mamat macam justin bieber minat kat kau..” kata-kata itu diakhiri dengan tertawa besar Fasha.“ merepek lah..buat masa sekarang nie..im totally single..kan Zulaikha??...” balas Firdza. “ yes..no boys..no cry..”. =)..


“ hmm..aku rasa kan..Pasha sorang je yang setia??..” kata Zulaikha. “ mestilah setia..makwe dia comel..siapa yang tak nak makwe dia comel..kan kan kan??..” tertawa kecil Firdza. “ hmm..kan bagus kalau Pasha tu ada kembar??..” Zulaikha mendongak kelangit sambil tersenyum.


“ a’ah lah..lagi bagus kembar 3 orang..kau boleh kadi kakak ipar aku..” Firdza sudah mula berjangkit dengan Zulaikha, yang suka sahaja merepek. “ ish2..mana boleh..dia aku punya seorang..tak ada maknanya kembar-kembar..” Fasha membalas.


“ kalau tak boleh ada kembar..aku ambil Pasha je la..” balas Zulaikha selamba. “ oh tidak!!..” balas Fasha seperti . Mereka tertawa besar melihat Fasha. 


Beberapa minggu selepas itu, mereka mendapati bahawa Eyyad telah berpindah sekolah di Melaka. Perasaan takut dan malu yang dia rasa, menyebabkan dia memaksa keluarganya, untuk berbuat sedemikian.


Firdza, Zulaikha dan Fasha pula, meneruskan hal masing. Mereka berusaha, demi mencapai kejayaan masing-masing. Kalau wajah kita secomel Justin Bieber sekalipun..jika niat kita tidak ikhlas..apa gunanya??...

=.='

______________________________________________________________

HHA....sowi ye pndek....x de idea...klu de idea pown....next year la..miahaha...=P...totally not in the mood nak pnjangkan criter aq yg x bez lnsung nie...hhaa...haih...aq nie...mcm la de org nk bce cter nie...prasan...=='...haha....whatever la....ayt last kali...x ley bla siot....=P...
________________________________________________________________

♥ Thanks for reading..luv yaa ♥